Saturday, November 22, 2014

Bila anak sakit, mak dia sakit sama.

Assalamualaikum.

Ni cerita minggu lepas. Ammaar Hurairah kena cirit birit. berak air je. Ya Allah, punya la risau. kesian tengok anak dah lembik. selalu Ammaar suka senyum. pantang  tengok kita, mesti lebar je senyuman dia. tapi bila dia dah kena cirit birit ni, senyum pun susah. sian anak ibu. T_T

sabtu tu, ammaar dah memang demam. tapi bila dah bagi ubat, demam sudah kurang. tapi esoknya tu dia berak-berak pulak. sehari tu boleh kata sampai 20 kali la tukar pampers dia. dah tu beraknya air jek. bila dah berak, siap tembus ke seluar, baju dan tilam. mak mertua bagi penawar-penawar kampung. ada lega sikit bila ammaar dapat tidur. esok paginya bawak ke hospital. pesakit luar. nak sejam tunggu number kena panggil, last-last tak sampai 5 minit dalam tu, dah kena bagi transkripsi amik ubat. ehm. cek pun tak sungguh-sungguh. :(

balik tu, ammaar masih berak-berak. masih berak air. tak tahan tengok ammaar macam tu, bawak lagi ke hospital. tapi kat emergency. so, dapatla katil untuk ammaar berehat. kena air darah untuk cek, takut-takut kena jangkitan kuman ka apa ka. dan kena tambah air.

masa kena cucuk kat tangan tu, darah takmau keluar. nurse yang cucuk tu macam tak reti je. main agak-agak je. memang bikin panas. kat tangan tak dapat, dia cuba kat kaki. dia kata susah nak jumpa urat ammaar. bila dapat cucuk tu, darah tak banyak kuar. patut kena amik 2 bekas. tapi 1 bekas je dapat amik. 1 bekas lagi darah ammaar dah tanak kuar. so dia stop. pastu dia sambung untuk tambah air. taktau la camana cara dia buat sampaikan ammaar nangis sungguh-sungguh. nangis kuat mungkin sebab sakit masa dia sambung guna picagari tu. Ya Allah, aku suruh nurse tu stop. aku tak tahan tengok ammar sakit. nurse tu suruh pujuk ammaar dulu. huh! hati mana tak sayu tengok anak kita macam tu?

last-last dorang tunggu sorang nurse tu. nurse yang dah biasa handle baby. so tunggu je la. masa nurse yang sorang lagi cucuk ammaar untuk tambah air tu, ammaar nangis masa kena suntik je. tapi lepas tu ammaar ok. memang nurse tu pandai la handel baby kan. lega sikit hati nie. pastu kena cucuk lagi kat tangan untuk amik darah. sebab darah yang nurse pertama amik tu tak cukup untuk test. tak dapat baca. ehmmm. so, suma tangan dan kaki ammaar kiri kanan suma dah kena cucuk. huhu. 
Ammaar Hurairah. kena cucuk. hati ibu pun bagai dicucuk jarum. :(

Sian anak ibu. bila doktor datang cek, dan tengok hasil test darah alhamdulillah doktor kata takde pape jangkitan. alhamdulillah. dia cuma nasihatkan tukar air untuk buat susu ammaar. sebab ammaar dah tak menyusu badan. lagipun, minggu sebelum tu, Kunak memang ada cemaran air. tak terpikir untuk tukar air susu ammaar masa tu. dah jadi macam ni baru terpikir balik. maaf sayang, suma silap ibu sebab tak alert dengan benda-benda macam nie. huhu. dan boleh kuar sepital dah. syukur anak ibu tak kena admit wad. fuh!

balik tu terus beli air mineral. semoga lepas ni anak ibu kuat ya sayang. takmo sakit-sakit dah. 

Saturday, November 15, 2014

Kegilaan shopping online datang kembali.

Assalamualaikum.

Kegilaan shopping online datang kembali. Hoho. Rasa cam bedegup degup jantung nie bila zalora dan nile buat sale sempena 11.11.14 nie. Banyak item dengan harga RM11 je. Bolat gak la bijik mata. Nak-nak lagi duit dalam bank masih ada untuk transfer online. Lagi lah kegilaan tu menyentak tangkai hati. Dan akhirnya aku tewas. 

Barang-barang hasil shopping. :)
Maklum la sejak dah ada baby ni, susah sangat nak kuar shopping. pegi review doktor pun, lepas tu mesti balik. sebab dah rindu ngan baby. so memang takde lah aku nak kuar shopping macam zaman aku bujang dulu. sekali sekala shopping online ni dapat gak mereleasekan tension ni. bukan tension apa, tapi tension keja. T_T

ala, ada sale kan. balun je la. untuk semua item kat atas tu hanya RM107.79 je. include postage ke sabah. maklum la, postage ke sabah je yang selalunya mahal. huhu

kat Zalora, aku beli T-Shirt dan suar dalam suami. hehehe.shopping untuk suami jugak tau. bukan untuk diri sendiri jek. dan jam tangan kaler hitam pink. hihi. comey.

kat nile.com.my plak aku beli baju untuk aku 2 pasang. suami kan selalu tegur baju aku sempit la, sendat la. so kali ni beli baju yang ala-ala muslimah gitu. biar suami tengok pun sejuk hati. kan nak jadi bini solehah. haha.

oh ya, dan kemarin ada gak aku shopping kat Pearl Harbour Fasion. gila sale eh. untuk sepasang blouse dan skirt hanya RM15??? mana tak buntang bijik mata aku. haha. pun balun gak shopping kat situ. kualiti kain kat sini aku tak berapa pasti sebab barang mungkin sampai next week. tapi memang berbaloi la shopping kat sini. highly recommended! ngeee..

dah atieabid. dah. lepas ni nak beli susu ammaar lagi tau, pampers pun dah nak habis dah tu. hoihhh..

 kegilaan tu sambung ke lain tahun plak ye. :)

Thursday, November 13, 2014

1st GiveAway By Anamizu




Assalamualaikum.

Lama tak join GA. Dan tak pernah menang pun kalo join. hee..bukan rezeki.
so kalini nak join 1st GA dari Cik Ana. senang je nak join. ikut je syarat-syarat yang cik Ana bagi tu.

SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com) - Done. lama dah. haha
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni. - Done!
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA. -Jap lagi. nak siapkan entry dulu..Done!
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni. - Done!
5.Done. Senang je kan? - Memang senang..hehehe
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. - Sempat lagi nie...:P 

So, done sema syarat. :)

tinggal nak tempek link je kat ruangan komen cik Ana.
Tahniah Cik Ana sebab berjaya buat 1st GA dengan jayanya.. hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)