Friday, August 15, 2014

Apsal kejam sangat jadi manusia?

Assalamualaikum..

Tadi bukak fb cam biasa. scroll down scroll up. itu la makanan pagi-pagi kat opis. sentap bila nampak kawan shared gambar baby dalam longkang. Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berilah hidayah kepada adik-adik remaja kat luar sana Ya Allah. cukupla buat dosa. jangan ditambah dengan membunuh. 

dulu, sebelum aku ada anak sendiri, memang sedih jugak bila nampak gambar-gambar baby kena buang. sedih sangat hati tengok baby yang sudah tak bernyawa. tapi sejak dah ada anak ni, rasa sedih tu tak boleh nak kata dah. memang mengalir la airmata tiap kali nampak sekujur tubuh kecik yang tidak berdosa menjadi mangsa mak bapak sendiri. 

terbayangkan 9 bulan baby dalam perut. terbayangkan sakitnya contraction. terbayangkan saat-saat dalam dewan bedah. terbayangkan pertama kali tatap wajah anak sendiri. terbayangkan pertama kali dapat dukung tubuh kecil mungil. Ya Allah, hilang segala kesakitan. syukur atas nikmat yang diberi. 

tapi kenapa ada ibu-ibu di luar sana begitu tega membunuh anak sendiri? di mana hilangnya kewarasan saat tubuh kecil itu dicampak ke dalam longkang? tiadakah secebis kasih sayang untuk anak kecil tu? tiadakah belas kasihan? mesti baby sakit, mesti baby sejuk dengan tidak berbaju dibuang di dalam longkang berair. Ya Allah, betapa menderitanya anak kecil itu. anak aku yang nangis sebab lapar masa susu aku 5 hari tak keluar pun aku dah tak sanggup nak dengar. aku tak sanggup nak tengok anak aku nangis sebab sejuk lepas habis mandi. cepat-cepat pakaikan baju. macam mana diorang boleh keringkan hati pada anak sendiri?  

tak sanggup nak letak gambar-gambar baby yang tak berdosa tu dalam entry ni. tak sanggup. 

Ya Allah, tempatkan la bidadari bidadari itu di syurgaMu Ya Allah. 

Tuesday, August 12, 2014

Setahun sudah + Sudah dua bulan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah ya Allah. Semalam 11 Ogos genap setahun aku jadi bini orang. pejam celik pejam celik ja rasa. eh eh, dah setahun dah. dah jadi mak orang dah pun. 

setahun sudah. 
atau patut kata baru setahun? hehe. syukur la. dalam setahun ni banyak benda nak kena perbaiki. aku sebagai isteri ni kadang-kadang agak panas baran. kena ubah tang tu. syukur dapat suami agak sabar dengan bini dia. kalo dapat suami pun panas baran, aku rasa aku akan jadi biniku gangster agaknya. nauzubillah.

-----

10 Ogos baru-baru ni plak, Ammaar Hurairah dah masuk 2 bulan. Besar sudah anak ibu. alhamdulillah. membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya wahai anakku. 
Ammaar Hurairah Bin Sudirman.
botak bukan sebarang botak tau.
rindu sangat ngan anak sorang ni. tadi bawak Ammaar gi klinik. kena suntik untuk 2 bulan. kat paha. meraung jugak anak aku ni. sian dia. nurse cakap suntik kali ni boleh buat baby demam. so kena bagi ubat demam. ehm, jangan la Ammaar kena demam teruk ya sayang. 

-----

01 Ogos lepas, adik aku epalejau dah tamatkan zaman bujang. alhamdulillah. dah jadi bini orang dah adik aku. lepas ni kena belajar masak la ya. hihi.
Azlan + Hadra.
cinta si pengakapwan dan pengakapwati.
Selamat pengantin baru adikku sayang. the only adik yang aku ada. semoga jadi isteri yang solehah dan bakal ibu mithali. bagi Ammaar adik cepat-cepat ya. nak harap aku yang bagi, lambat sikit la. huhu. 

Anak-anak pacik Hamid dan macik Asiah semua dah kawen. alhamdulillah. lepas ni kena tunggu turn anak buah plak. 

--
until we meet agaiin. ceh. ayat. ni sebab jarang dapat update. mihmih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)