Assalamualaikum..
wah, cam apa jak mau throw back segala kan. tapi ndak apa la. sekurang-kurangnya aku try untuk imbas balik apa yang jadi sepanjang 2013. banyak suka dan duka.
tak banyak yang aku rasa aku boleh throw back 2013 ni. tapi ada benda yang berlaku yang sangat manis. yang tak mungkin boleh lupa sampai bila-bila.
Februari 2013
Penceroboh Sulu masuk Lahad Datu Sabah.
hidup jadi huru-hara sekejap. menjadi pelarian di kampung sendiri. ramai perwira yang terkorban. terpaksa lari ke semenanjung. selama 2 bulan tak keja. nasib baik gaji masuk jugak. thanks to skmm dan nusuara yang concern dengan keadaan di sabah.
April - June 2013
Rutin harian seperti biasa. kerja kerja kerja..
Julai 2013
Sebok dengan urusan persiapan nak kawen.
11 August 2013
Hari yang sangat bermakna saat cinta mula direstu. macam-macam hal jadi dalam hubungan sebelum halal. menjadi cinta terhalang. akhirnya disatukan. alhamdulillah. dengan 3 lafaz, aku menjadi isteri kepada suami. suami yang sangat sabar dengan kerenah isterinya. :P
Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami. amin. |
kehidupan sedikit berubah. kalau dulu malas masak, sekarang hari-hari kena pikir nak masak apa. kalau dulu suka hati aku nak bangun kul berapa, sekarang kena bangun awal. usai solat subuh jarang tidur balik. alahai suami.
October 2013
aku disahkan positif hamil. Ya Allah, masa cek air kencing tu, aku tak bagitau suami pun. takut dia kecewa kalo tak sangkut lagi. bila aku nampak ja ada line kedua yang kabur-kabur, aku tau ada sinar harapan. terus tanya kakak. dia kata sah aku positif mengandung. syukur alhamdulillah.
kabarkan pada suami. punya la dia happy. bakal jadi bapak la katakan. :)
selebihnya macam biasa la dengan rutin harian. kerja. rumah. cuti. kerja. rumah. cuti.
semoga kehidupan seterusnya akan menjadi lebih baik.