Tuesday, December 17, 2013

Aku yang betuah.

Minggu lepas ada majlis makan malam anjuran SKMM kat Sutera Harbour Kota Kinabalu sempena Penganugerahan Pi1M & Pertandingan mencipta video kreatif online. setiap Pi1M hanya menghantar 1 saja wakil. dan aku wakil untuk Pi1M Kg Lormalong. 


Malam tu aku masuk dewan lambat. orang terakhir rasanya. sabar ja la. meja semua sudah penuh. nasib baik ada kosong kat tempat kawan-kawan dari keningau. kalo tak, tak pasal-pasal aku menyamar jadi usher-er. wakaka.

wajah ibu mengandung. ^_^. tema makan malam glamorous. malas nak pikir baju, aku hangkut baju kakak aku. jadi la.  

Pi1M Lormalong ada hantar 1 je penyertaan video kreatif ni. jom layan!


tahniah adik² ku. penyertaan sebanyak 60 lebih tak silap. tapi dapat jugak sandang saguhati. ok la tu kan. ^_^
nanti boleh belanja akak makan lepas ni.. :)

dan malam tu aku sangat bertuah sebab dapat cabutan tiket bertuah. dapat la sebijik laptop lenovo. rezeki anak kot ni. hehe. alhamdulillah Ya Allah, rezeki. :)
Rezeki baby. nak buat acc fb ke anakku???
ada jugak kawan-kawan yang dapat cabutan bertuah TV LED sharp. okeh, aku jeles!

Trip kali ni alhamdulillah aku sihat-sihat je. tak macam yang lepas, demam bagai. siap terlantar kat katil. kali ni siap bleh round-round shopping mall lagi soping soping. heee, kalo soping sihat aje aku kan. ^_^

Tuesday, December 10, 2013

Sup isi ketam jagung manis~

Sup isi ketam. sedap makan panas² ni.

biasalah, sudah jadi bini orang ni, seribu satu macam dikepala pikir mau masak apa. dapat beli ketam harga runtuh. 1kg RM3.50 jek. fulamak. terus borong 5kg. sudah masak kari, so selebihnya taktau nak masak apa. tibatiba teringat sup isi ketam ni. selalu dapat makan kat kedai seafood. terus tanya pacik gugel resepi sup isi ketam. senang je rupanya. bahan-bahan pun dah ada. so apa lagi, kopek la sekor² isi ketam tu. nak beli crab stick tu malas. kan dah ada ketam depan mata. kita pakai je apa adanya. cuma, lenguh sikit la mau korek isi ketam tu. -_-

so, here we go.

Sup Isi Ketam Jagung Manis

bahan-bahan:-
  • 2 liter air. (ni utk makan 1 family dalam 5 6 orang)
  • isi ketam (kalo mau pakai 1 bungkus crab stick pun boleh). letak ikut suka la..lagi banyak lagi rasa ketamnya
  • 2 biji telur (kalo mau cantik, biasa orang guna putih telur jak. tapi aku guna jak semua. sendiri mau makan. Hehe
  • 1 tin jagung manis (kalo x suka manis, kurangkan jagung manis)
  • 3 sudu tepung jagung (bancuh utk pekatkan sup) kalo mau guna tepung kanji pun boleh. tp aku guna tepung jagung jak
  • 2 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa secukup rasa

Cara-caranya:-
  • didihkan air bersama isi ketam/crab stick dan jagung manis hingga menididh. kalo guna crab stick carik2kan jak. jgn hancur sgt.
  • kecilkan api. masukkan sos tiram, gula, garam, dan serbuk perasa
  • pecahkan telur di mangkuk dulu. masukkan perlahan-lahan ke dalam sup sambil dikacau. biar dia hancur sikit2.
  • masukkan tepung jagung yg sudah dibancuh
  • tunggu hingga mendidih. 
  • siap utk dihidang.

* selamat mencuba ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)