Monday, November 18, 2013

Di mana hilangnya nilai-nilai murni??

Bekerja dan deal dengan komuniti yang bukan dari komuniti kita sendiri memang agak sukar. seingat aku sepanjang 3 tahun aku keja kat Pi1M ni, macam-macam peel orang yang aku jumpa.

dengan budak-budak yang langsung tiada nilai-nilai murni sampaila budak yang sangat sopan bila bercakap dengan aku. 

sungguh, kadang aku takut bila fikirkan masa depan mereka. berhenti sekolah bukan la perkara luar biasa pada mereka.  umur baru mencecah 10 tahun dah tak sekolah. lepas tingkatan tiga berhenti sekolah. itu suma perkara biasa yang aku nampak kat sini. belambak budak bawah umur dan remaja-remaja yang berhenti sekolah. mencari keseronokan mungkin. 

mula-mula dulu, orang mabuk masuk buat hal.
CCTV premise aku keja ni habis lunyai. bangkai hilang ntah kemana. tak sampai 3 hari ganti, pun habis dikerjakan. 
Tangki air hilang kepala paip. ni aku dah taktau nak kira yang kali keberapa.
habis air 1 tangki. nak kencing susah. nak amik wuduk lagi la takda harapan. dah la air paip belum ada saluran masuk dalam kampung ni. harap air hujan je la penuhkan tangki. ni pun habis kena kerjakan oleh ntah budak nakal mana 1. mana taknya, ramai sangat budak nakal.

habis air aku 1 tangki ni. -_-
aku rasa sampai aku habis kontrak kat sini aku akan hadap benda yang sama. hari-hari.

di mana hilangnya nilai-nilai murni budak-budak ni semua?
dari pengaruh kawan ka?
atau berpunca dari rumah?

ntah la.


Thursday, November 7, 2013

Pi1M Annual Training 2013 @ Borneo Paradise Beach Resort

Assalamualaikum.

Kalo tahun lepas buat kat Lost World Tambun, kali ni Annual Pi1M Training 2013 ni buat kat  Borneo Paradise Beach Resort, Kinarut Sabah. Start dari 28hb-31 Okt 2013. semua berkumpul di tempat yang sama. budak semenanjung pun fly-fly datang sini. mesti depa seronok dapat jalan-jalan kat Sabah. bagi yang tak pernah datang sabah la kan. sebab ada chance dapat jalan-jalan. sambil-sambil berkursus la katakan.

Training kali ni aku banyak ketinggalan. dari segi aktiviti dan sembang sosial dengan member². memang rasa rugi sangat. tapi nak buat camana, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. 

dengan inai masih merah di tangan, aku dah terbang ke KK dengan Kunak team. kali ni seramai 10 orang. bertambah ahli pi1m Kunak. alhamdulillah. bergerak seawal jam 6 pagi. bas siap jemput aku kat rumah sebab aku lambat. sob sob. maaf kawan-kawan. semalam jam 3 pagi aku baru start packing. sangat tidak bertanggungjawab kan aku. maaf. :(

ready to check in. :)

sampai-sampai destinasi, terus check in masuk bilik. pastu lunch. pastu gosip. :P
tiap tahun nama aku salah eja. susah sangat ka mau eja nama aku ni?? o_O

dah kumpul-kumpul suma, masuk dalam dewan. aktiviti bermula dengan ice breaking iaitu BONGO-BONGO. selamat mencari mangsa-mangsa yek. masa ni aku masih bertenaga. seolah lupa baby dalam perut pun terpaksa ikut mak dia terkinja-kinja main bongo-bongo. -_-
ice breaking ~ Bongo Bongo!


antara peserta-peserta yg berjaya penuhkan form bongo-bongo. walaupun tak menang, nak jugak aku interprame kat depan. huuahua..
lepas aktiviti bongo-bongo, berkumpul dalan kumpulan.ahli kumpulan dah kena bahagi sedia oleh hq. so, tinggal nak bekumpul je dengan ahli-ahli. ntah angin apa ribut suma, semua ahli pi tuding jari kat aku lantik aku jadi ketua kumpulan. sebenarnya tak layak pon. aku nak Bro Arez yang jadi ketua. kan dia lelaki. aku ni dah la tak glemer, ibu-ibu mengandung plak tu. sigh -_-! (padahal perot lemak je yg nampak. hikhik)

tengok tu! dengan penuh semangat aku explain logo kumpulan aku ARMADA. dorang tak tau tiap kali mic tu kat tangan aku, lutut aku ni cam nak tecabut. ini pun masih terang benderang lagi haa..


Masuk Day 2, masih bersemangat lagi aku.


spot me! aku pun taktau aku kat mana dah. ramai gila. haha
bergambar kenangan dengan semua staff Pi1M Celcom Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan staff HQ Nusuara. meriah gila kau!
Spot me again! aku duduk kat tepi Kiri Datuk. ni team cluster B.
macam-macam aktiviti yang team PLS buat. ada persamaan dengan aktiviti kat Tambun Perak. dan ada jugak kelainan. antara kata-kata semangat yang diberi:-

kata-kata pembakar semangat! 1 poster 100 star!

day 2 ni habis awal. dalam jam 3 petang. sebab nak bagi chance kat staff semenanjung jalan-jalan kat KK. beli-beli barang apa yang patut. sebab pada awalnya jadual sangat padat. kesian diorang datang sabah semata-mata nak kursus. takde peluang nak jalan-jalan. atas budi bicara staff HQ yang baik hati, kursus awal habis. budak sabah yang nak kuar gi bandar boleh tapi dengan syarat, naik keta sendiri. 
aku? macam biasa perut tak berapa nak selesa so aku decide rehat dalam bilik. nak jugak kuar lepak-lepak dengan kengkawan. tapi sangat tak larat. so habiskan masa dengan TIDUR!

malam time BBQ dinner ada program tukar-tukar hadiah dengan staff. aku dapat tabung comel.  hadiah aku dapat kat budak sabah jugak. okeh, mesti dia tak surprise pun sebab tu souvenir Sabah. haha. nasib la badan.
From Marcellus Pi1M Bunsit. :)

Day 3. aktiviti pertama di pagi hari jek aku larat.
I-mes game. ntah betul ntah tidak aku spell game tu.  lantak la.
lepas tu aku dah flat. demam panas menyerang. pinggang rasa nak patah. sudahnya landing kat bilik je la. sob sob sob. punya tak best!

malam tu ada annual dinner bertemakan color block. tahun ni kunak tak dapat apa-apa anugerah. kena usaha lagi tahun depan. chayok!
Kunak Team! suma dengan color block masing-masing. :P

Day 4.
akibat semalaman aku tak dapat tidur sebab demam panas yang menyerang dengan jayanya, akibatnya badan aku sangat lemah. tak dapat bangun. tak larat. sob sob. nasib baik dapat roomate yang sangat prihatin dan baik hati. thanks as dan shima. :) rindu ngan korang. yus bawak pegi klinik. lepas makan ubat rehat lagi dalam bilik. jam 3 naik bas ke airport. nak balik!! nak manja-manja ngan somi!! flight plak jam 7.30pm. argh! stressed!! kesan ubat jadinya aku macam batang kayu yang berjalan. pantang dapat letakkan bontot, kompom tidur. 

Sampai rumah suami tolong tuam dengan tuala. kesian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)