Thursday, August 29, 2013

.Cinta Tanpa Restu.

Assalamualaikum.

cinta aku bukan spesis cinta yang indah-indah. bukan juga spesis cinta yang romantik. cinta aku, cinta tanpa restu.

cinta tanpa restu mak, bapak, kakak, abang, adik, abang ipar memang boleh buat demam. pendek kata suma orang dalam family kau tak restu hubungan kau dengan pakwe. masa tu memang down sangat sangat sangat. 

mula-mula couple dengan suami, mak bapak ok jek. walaupun kakak ada yang seberapa tak berkenan, tapi disebabkan mak bapak aku ok, aku pun teruskan la. sampai la satu masa mak bapak aku suruh keluarga pihak lelaki naik merisik. aku dengan hati yang berbunga bungi bagitau la dengan ex pakwe (skng dah jadi suami dah. kuikui). dia pun dengan hati yang kembang kuncup bagitau dengan family dia.

tapi banyak sangat incident yang tak terjangka. macam-macam benda yang sampai kat telinga mak bapak aku sampaikan the day family dia merisik, mak aku tolak pinangan tu macam tu jek. rasa macam dunia aku nak kiamat. nangis semahunya dalam bilik. T_T.. 

bermula dari saat tu, mak bapak aku tak bagi aku kawan dengan dia dah. kena tolak mentah-mentah. siap nak jodohkan aku dengan keluarga abang ipar aku. hari-hari tanya aku, nak terima ke tak lelaki tu. kalo nak, suruh keluarga lelaki tu naik merisik. 

adoi!! rasa cam nak lari dari rumah jek time tu. hari-hari hadap soalan yang sama. 

tiap kali mak aku dapat tau aku contact dengan dia, kompom kena marah. hari-hari aku tadahkan telinga dengar bebelan mak aku. sabar. ya. tapi sabar aku ada hadnya.

kesian dia jadi mangsa. bila mak aku marah aku, aku hambur kat dia balik.

sampai satu masa, aku taknak teruskan hubungan ni dah. penat. sakit.
aku juga tak nak jadi anak derhaka.
sayang tapi aku dah penat sangat.
sangat.

tapi dia tak pernah putus asa. dia pujuk aku. hari-hari-hari call. hari-hari sms. tanya kabar. tanya sudah makan ka belum. kejut subuh. hari-hari. tak pernah missed. hari-hari. walaupun aku tak jawab call, tak reply sms. silentkan hp. tanya la apa saja aku tak buat dengan hp aku tu. baling pun sudah. berkecai. hmm.

dia ajar aku sabar. dalam masa yang sama, dia taknak aku melawan mak bapak dan keluarga aku. pada dia, insya Allah nanti kita akan direstu. begitu sekali dia percaya mak aku akan berubah hati.

aku terima. sayang punya pasal.

sebulan, 2 bulan, 5 bulan, setahun, setahun lebih..

aku tengah iron tudung nak kuar jumpa dia. aku tak cakap pun kat sesapa.
tiba-tiba mak aku tanya, "keluar dengan sapa?"
aku diam. tak tau nak terus terang ke atau nak tipu sunat.
mak tanya lagi, "masih contact dengan sudi'? (nama panggilan suami)
aku diam lagi. sambil iron tudung.
pelik dengan nada mak. tak marah pulak orang tua ni. ok pulak dia aku nak kuar minum ngan sudi'.. ehmm.
pelik bin ajaib. selalu kalo dia dapat tau je aku masih contact ngan sudi' bukan main lagi dia membebel. tapi kali ni?? aku harap sangat keajaiban berlaku masa tu. harap sangat mak aku tak marah. bila mak aku tak marah, tak halang aku jumpa sudi', maksudnya mak aku dah ok la ni kan..?? ehmm..banyaknya tanda tanya kat kepala hotak aku.

Alhamdulillah. mak bapak aku dah boleh terima dia. syukur hanya Allah saja yang tahu.

aku bagitau dia. dia punya main happy. kesabaran kami akhirnya berbaloi bila mak bapak aku restu. keluarga yang lain juga restu. cuma abang long tak seberapa berkenan. tapi dia tak marah. cuma bagi nasihat. abg, insya Allah. sudirman yang adik abg kenal ni, tak pernah tinggal solat. tak pernah berhenti sayang adik abg ni. tak pernah sehari tanpa call atau mesej dia. tak pernah berhenti ambik berat dengan adik abg ni. abg doakan kami bahagia ye. walaupun dia tiada segulung ijazah, walaupun dia tiada harta berjuta. tapi dia ada hati yang besar untuk jaga adik abg ni. semoga dengan berkat doa semua, kami akan bersatu selamanya. amin.

Tuesday, August 27, 2013

.pregnancy test.

Assalamualaikum..

Dengar ja tajuk macam orang pregnant plak. Ni suma incik suami aku punya pasal la ni. Excited sangat suruh aku beli upt. Cek kalo kalo aku pregnant. Alahai incik abg, kita kawen pun tak sampai sebulan la syg. Kuikuikui.. sian suami aku. Excited nak aku pregnant. Hihi. Petang semalam beli upt. Nak bagi dia senang hati je. Haha. Pagi tadi bangun bangun je terus buat test. Negative. Bagitau suami time dia sarapan.dia gelak jek. Hahaha. Tak sabar sabar.

Baru hari ketiga kawen suami dah tanya kalo kalo aku dah ada isi ke belum. Adoi la incik suami. Sabar hokeh. Insya Allah kita berdoa semoga Allah bagi kita rezeki cepat ok.

Kesian jugak dengan suami. Mengharap sangat. Takut je rezeki kami tidak seawal yang diharapkan. Takut suami menunggu, menanti. Takut suami kecewa. Lagi lagi bila kawan kawan yang dah bertahun kawen tapi belum dikurniakan cahayamata. Takut aku termasuk dalam golongan mereka. Aduh. Palis palis.

Duhai suamiku, doakan kita dapat cahayamata seperti yg suami mahukan k. Insya Allah. Amin ya Rabb.

Saturday, August 17, 2013

.Puan AtieAbid.

Alhamdulillah.

Walaupun dengan serba kekurangan sana sini, majlis resepsi pada 11 Aug sudah berakhir.
syukur. aku kini bergelar puan kepada encik Sudirman. no more 'cik' kat depan nama aku lepas ni.
rasa macam mimpi pun ada jugak.

Dengan 3 kali lafaz, aku akhirnya bergelar isteri.

seram sejuk menunggu cincin disarungkan. ingatkan aku sorang seram sejuk. rupanya encik suami pun sama. debaran pengantin katakan. hak hak.

Suamiku..
Cintailah aku tanpa menduakan..
Kasihkan lah aku  tanpa herdikkan..
Lindungilah aku tanpa tinggalkan..
Kerana cinta, kasih dan sayangku tak pernah berkurangan sejak kau lafazkan akad pernikahan
-your lovely wife-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)