Wednesday, March 27, 2013

Katanya.

Menyesal. Katanya.
Sedih. Katanya.
Rindu. Katanya.
Aku baik. Katanya.
Aku perempuan idaman. Katanya.
Tiada yg mampu ganti tmpt aku. Katanya.

Katanya.
Jadi kenapa dulu kamu tidak fikir begitu.
Kenapa tidak bersungguh dengan setiap janji.
Kenapa aku dilontar ketepi.

Maaf. Katanya.
Izinkan aku dianggap sebagai sahabat.

Terpulang dari kamu mahu anggap aku apa.

Tuesday, March 26, 2013

Terbang tinggi

Terbang tinggi. Jarang sangat terbang siang. So bila kali ni terbang siang, nak nak lagi duduk tepi cermin kan suma benda bleh nampak. And the best thing i just relized that aku gayat. Gayat? Aku gayat? Haha. Kelakar. Nampak bawah pun aku gayat. Rasa perasaan aku nak jatuh ke laut biru kat bawah. Bengong. Padahal zaman muda-muda dulu selalu jugak terbang siang. Mungkin faktor umur kot. Ehmm.

Home sweet home. Bukan main lagi aku cuti. Sakan. Tak ingat nak balik..tahniah atieabid. ko memang kalau bab-bab jalan no.1 kan.

Balik kampung setelah sekian lama bersembunyi dari penceroboh. Sembunyi la sangat kan. Keadaan semacam ada berubah. Eceh perasaan aku jek.

P/s: selamat hari polis. Semalam. Masih blm terlambat. Semoga wira2 yang terkorban ditempatkan dlm kalangan yg beriman..amin.

Friday, March 8, 2013

Mahalnya harga sebuah kemerdekaan!

Tidak pernah terlintas, tidak pernah sedikit pun terjangkau di fikiran, aku dan keluarga menjadi pelarian di  tanahair sendiri. :'(

berpindah dari rumah sendiri ke rumah kakak untuk mencari tempat yang selamat. selamat kah? hidup dalam ketakutan. tidak tenang. sentiasa berwaspada, berhati-hati. sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. aktiviti siang kurangkan (memang nak kuar pun tak berani), aktiviti malam lupakan saja. sudah berapa hari tidak bekerja. syukur alhamdulillah pihak atasan faham dan mengerti suasana genting di sini. di bumi tercinta.

siang pun kunci pintu. kunci pagar. berkurung di dalam rumah. sediakan stok makanan banyak-banyak. takut kiranya keadaan melarat. supermarket tutup. pekan kunak menjadi lengang. tiada siapa berani berniaga seperti biasa. malam kena tutup lampu awal. bergelap seawal jam 8 malam. tidur-tidur ayam. terjaga setiap jam. perhatikan keadaan selamat dan tiada benda mencurigakan. sambung tidur dan terjaga lagi. tidur dalam ketakutan. esok pagi sakit kepala migraine.

sungguh aku tidak pernah terfikir akan lalui semua ni. lagi-lagi di bumi Malaysia yang merdeka!

Ya Allah. kiranya ini dugaan yang Kau turunkan kepada kami disini, di Sabah, aku redha. kiranya ini petanda awal agar kami lebih Mengingatimu, juga aku redha. mungkin ada segelintir dari kami yang alpa dan tidak besyukur ke atasMu.  mungkin itu aku. Ya Allah disetiap sujudku aku mohon padaMu, kembalikan keharmonian kami di bumi Sabah ini Ya Allah. dengan linangan air mata aku mensyukuri nikmat kemerdekaan yang selama ini kami kecapi. di sini. di Sabah. di Malaysia.


tidak ingin menyalahkan mana-mana pihak. kenapa jadi begini kenapa jadi begitu. siapa dalang. siapa penyebab. cukup jadikan pengajaran. betapa mahalnya harga sebuah kemerdekaan.

Kau Perwira!

Jujur. sebelum ni pernah memohon untuk menjadi polis. tapi tidak berjaya. dalam hati, bukan rezeki. sekarang aku dapat jawapan kenapa aku tidak sebaris dengan anggota keselamatan yang lain. sebab aku tidak cukup kuat untuk berdepan dengan musuh. atau pendek kata, aku lemah. aku penakut. aku pengecut.

mereka  wira. walau ada suara sumbang kata tiada syahid untuk mereka, kita bukan siapa-siapa untuk tentukan syahid mereka atau tidak. itu urusan Allah. jelas dan pasti mereka terkorban kerana ingin pertahankan kedaulatan negara. aku juga pasti suara sumbang itu pasti tidak akan sekental wira-wira berdepan dengan musuh negara. 

Mereka jadikan benda ni sebagai satu sandiwara. Aku nak kuar rumah pun takut. Boleh bayangkan tak pasukan keselamatan yg terkorban.?? Boleh bayangkn tak kuarga mereka?? Mereka bertarung nyawa di sini. Disini, di Sabah. Yang mulut macam longkang tu sedap jek tidur beralas tilam bantal. Sekarang ni memang dengan mereka saja kami letakkan harapan. mereka saja wira yang kami ada. Ahli politik??? Haram!!! Jangankan nak jadi wira, jadi balaci pun tak layak sebenarnya.

Al Fatihah  buatmu wira!

Ku sanjung jasamu wira. selagi nyawa masih ada, selagi nafas masih terhembus, jasamu akan selamanya menjadi kenangan. 

Ya Allah, Kau lumpuhkan la penceroboh-penceroboh negara. Kau selamatkan la pasukan keselamatan kami. Amin Ya Rabb.

Friday, March 1, 2013

Lahad Datu Perintah Berkurung!

semoga semuanya berakhir. cukup la pertumpahan darah setakat ini jek. sedih hati bila buka FB, suma status orang cakap pasal perang. tembak menembak. penceroboh pulak ramai larikan diri. 

start dari tengahari tadi, akak call bagitau dah start tembak menembak kat Lahad Datu. seram sejuk jugak dengar berita. start dari situ, berbondong-bondong status orang kat FB pasal benda nie. 

banyak sangat versi cerita. macam-macam andaian yang didengar. semua dengan kesimpulan sendiri. tak tahu nak percaya yang mana satu. tak tahu nak dengar yang mana satu.

dan berita paling menyedihkan bila dapat berita wira negara ada yang terkorban. 
LAHAD DATU: PENCEROBOH BERSENJATA
MULAKAN DAHULU SERANGAN - PM
Pekan, 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata kumpulan penceroboh bersenjata di
Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu
memulakan serangan terhadap pasukan
keselamatan Malaysia apabila mereka mara
1.5 kilometer dari tempat mereka
berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri berkata beliau telah
memberi mandat kepada Ketua Polis Negara
dan Panglima Angkatan Tentera untuk
mengambil sebarang tindakan terhadap
kumpulan penceroboh bersenjata itu dan
tiada kompromi lagi.
Najib turut mengesahkan dua anggota
keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi
cedera manakala 10 hingga 12 anggota
kumpulan penceroboh itu terbunuh.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi
kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan
apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi
kumpulan ini mesti ditumpaskan dan
mereka mestilah diambil tindakan yang
sepatutnya," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
"(Kini) sama ada mereka (penceroboh)
menyerah diri atau mereka terima apa jua
kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini
dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera
laut negara telah meningkatkan tahap
keselamatan di perairan bagi mengelakkan
kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut
melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu
kerana sepatutnya pertumpahan darah
mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini
negara kehilangan dua anggota
keselamatan. -BERNAMA

anak wira negara Ins Zulkifli, salah seorang wira yang terkorban. :(
ni baru ahli keluarga sorang wira yang terkorban. ada lagi yang kita belum nampak. :(

bukan ini kemahuan kita di Malaysia. kita inginkan keamanan. kita tidak inginkan keganasan. apatah lagi jika berlaku pertumpahan darah. mereka (penceroboh) di bagi pilihan. pilihan di tangan mereka. tapi mereka inginkan ini!

Doa kami buatmu wira.
Lahad Datu - Kunak hanya ambik masa 50 minit. kalau lalu perairan tersangat la dekat. District Officer Kunak bagi arahan supaya berhati-hati dan jangan keluar rumah keluyuran. sebab penceroboh ramai yang melarikan diri. hanya 10 orang yang menyerahkan diri, 10 lagi terkorban dan selebihnya??? 

detik dan saat ini, hanya mampu berdoa semoga semuanya cepat berakhir. semoga tiada lagi yang terkorban. 

amanla bumiku yang tercinta. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)