Raya sakan Nabil. 1 program tv musim raya. program ni memang best. kot. Nabil buat game. pilih peserta. peserta kena pilih salah 1 daripada 3 sampul raya yang Nabil pegang. then, kalau menang game yang Nabil buat tu, dapat la duit raya. ada sampul berisi RM150, RM300 dan RM500. lumayan kan??? memang sangat lumayan. kalau kalah tu, memang rugi la. sebab game yang Nabil buat pun bukan susah pun. senang giler celah gigi pun leh buat. eceh. riak giler aku. muahaha.
tapi pada aku, daripada Nabil pi cari peserta yang aku rasa lebih dari mampu tu, ada baiknya dia cari peserta yang memang dari kalangan orang susah. ada ramai kot kat luar sana tu. yang tak menahan tu bila Nabil pegi rumah-rumah orang lagi nak bagi duit raya tu. kuarga tu aku rasa lebih dari mampu kot. kalau yang terlebih mampu tu, setakat RM500, celah gigi bleh dapat. lagi-lagi gomen punya staf kan. dapat bonus raya lagi.
tapi tadi tetiba aku cuba bayangkan peserta Nabil tu terdiri daripada keluarga atau anak-anak yang susah. yang pada mereka RM150 tu sudah cukup banyak untuk mereka gunakan time raya. apatah lagi kalau dapat RM500 kan. aku rasa diorang mesti akan rasa happy giler. banyak benda yang diorang bleh beli dan gunakan untuk persiapan raya.
bukan nak kondem rancangan Raya Sakan Nabil. just nak bagi pendapat jek. mana tahu tahun depan, Nabil bleh ke kampung-kampung dan cari kuarga yang susah sikit dan buat game untuk diorang. sambil bergembira sambil beramal. besar kot pahalanya bila kita bagi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.