Saturday, April 14, 2012

Deodorant aku murah jek~

Sekarang ni aku suka sangat pakai baju putih. dah banyak koleksi baju putih dalam almari. kemeja ke, blouse ke, t-shirt ke. Tadi masa lipat kain baju, lipat la sekali baju putih yang paling suka aku pakai tu. majoriti baju aku, aku akan share dengan adik. baju aku, baju dia jugak. baju dia, baju aku jugak.

yang aku teruja sangat tu sebab masa lipat baju putih tu, aku tengok bersih jek kat bahagian ketiak. dulu, baju putih mesti ada kesan warna kuning kat bahagian tu. sangat stress bila lipat baju and nampak kesan kuning tu. semua tu sebab deodorant la. dah banyak dah try deodorant. macam-macam jenis cuba. semua meninggalkan kesan jugak. orang bagitau yang tu ok, try jugak. pun sama. orang bagitau yang ni ok, try jugak. puuuun samaaa! takde perubahan. kuning tetap kuning. huh! nak lagi time berpeluh. rasa cam tak selesa pun ada. nak angkat tangan say hye-hye kat kawan pun segan. say hye la jugak, tapi sambil kepit tang benda tu..

sekarang ni, takde kuning lagi!! baju putih aku suma macam baru. yes! percayalah kerana ianya benar. nak bukti? nanti-nanti la aku amik gambat baju tu ye. dah masuk dalam beg, esok nak fly-fly gi kl ada hal. 

sekarang ni aku guna Tawas Powder sebagai deodorant. ketiak tak bau langsung even berpeluh. kalau pun baju part ketiak tu basah, takde tinggalkan kesan langsung pun lepas dah kering. warna kuning pun dah takde. nak say hye-hye bye-bye kat sesapa pun dah tak segan nak angkat tangan. oh ya, lagi 1 ketiak akan jadih lebih putih. rugi gila aku guna tawas powder ni lambat. kalaulah dari zaman aku start nak baligh tu aku pakai, takdenye baju sekolah aku warna kuning kat part ketiak tu kan. ehmmm...ada berani nak test???

cilok kat pacik gugel. malas nak snap gambar. hehe.
tawas powder ni murah jek. kat pasar-pasar malam selalu ada jual. rm3.50 jek. murah kan. ada 2 jenis. warna merah dan kuning. warna merah ni takde bau. warna kuning tu ada macam bau minyak wangi skit. aku tak suka.

1 family aku dah tejangkit pakai benda nih. sampailah ke ipar-ipar aku. sebab semua dah rasa camana penangan tawas ni. 

kredit to Murada yang kenalkan aku dengan tawas powder nih. selama ni dah selalu dengar jugak orang kata tawas memang bagus kalo nak pakai jadik deodorant. tapi pernah try yang jenis sabun punya, tak best. still rasa melekit. nak yang powder baru best. 
 
p/s: nak carik lagi banyak-banyak baju putih. :)

21 comments:

  1. tak pernah jumpa pun..erm nak try jugak.. tp mana nak cari yerrr

    ReplyDelete
  2. kalo kat tmpt atie, ada jual kat pasar2 jek. kalo kat tempat suya tak pasti plak mana nak carik. tapi guna ni memang bagus tau. x lekat kat baju. takde warna kuning2 lagi. kalo suya nak tapi susah nak carik kat tempat suya, atie leh tolong belikan untuk suya n pos kat alamat suya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Askum.sy xprnh lgi jmpe tawas ni.

      Delete
  3. kannn. kalau dari dulu tau, lama sudah kita pakai. :) jadi nda la itam legam ni ketiak ;P

    ReplyDelete
  4. salam,atie ko kurus ngam pakai putih,klu sy ni besar tak berapa sesuai sbb akan menampakkan sy lebih besar,btw 'tawas' ni boleh putihkan ketiak kh darl?

    ReplyDelete
  5. saya pakai roll on smelly no more, garam2 apatah namanya hahaha..tapi ketiak tak putih pun cuma takde bau lah..nak try jugak lah powder ni..nak gi cari..kalu takde nak kirim..ekekeke

    ReplyDelete
  6. @epal: tu la kan..lambat tul baru pakai..tapi still jugak putih ketiak kita sdh kan..putih sikit la dari dulu. hahaha

    @nurul azan: salam :) iya darl..sejak pakai deodorant yang ndak mengasi kuning baju ni la aku suka pakai baju putih..yup, aku pakai tawas ni memang ketiak aku putih banding dulu kala..huhu..

    @miss labi: boleh jak tu..1 dozen terus kirim dari sabah... ;) yang bagusnya tawas ni, xda kuning2 lekat di baju..:)

    ReplyDelete
  7. belikan n post to me bole? ros bank in duit =)

    ReplyDelete
  8. ros, boleh mesej saya tak? 0138697807..sory, saya baru perasan comment ros..

    ReplyDelete
  9. sy pun guna deodoran kristal aka tawas ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. =) memang best kan pakai tawas nih..tak berbau..

      Delete
  10. ada lagi kew tawas powder tu yew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade lagi kalo nak saya tolong belikan boleh je..

      Delete
  11. salam adik..akak nak kirim , tempay akak x de

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. boleh je takde masalah..nti saya tolong belikan..

      Delete
  12. Umah awak kat mane...pasar malam..tu..leh sy pg..x nak susahkan awak

    ReplyDelete
  13. Masa sekolah dlu kakak aku slalu pki..aku tny untuk apa..? Dia jwb tuk hlngkn bulu ketiak n ketiak xberbau...maklumlah bdak sekolah masa 2 xda duit mcm bdak zman skg...nk beli mnyak wangi bagai...aku pun ikut terjebak guna tawas ni...mmg berkesan..nak2 plak zaman sekolah aku aktif n ada r ckit bdan berbau..huhu..lpas pki tawas mmg terasa free jer nk wt apa2 on coz da xda bau yg mggu...heheh..tp dlu pny blm kormesial..ktaorg pki yg buku...blik ketuk2 masuk bkas isi airpanas n shake kn then da leh guna.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya lambat kenal tawas ni..dah habis study uni baru kawan kenalkan..dulu2 zaman sekolah pakai jgak, tapi yg jenis buku punya. tak selesa plak rasanya. nak yg bentuk serbuk ni jugak baru rasa selesa. dan memang terbaik la. hehe. smpi skng pakai. x tukar dah deodorant lain. :)

      Delete
    2. Nak minta tlg belikan boleh ke yang? Kt sini tk thu mna nk cari. Kalau boleh, saya contact awak nti. Boleh tak?

      Delete
    3. boleh jek.. tapi contact number saya dah tukar tau.. contact kat sini :
      019-8967394

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)