tak paham la aku dengan adat-adat orang tua-tua ni. menyusahkan orang betul. arwah pun nak kena rai mengalahkan nak buat kenduri majlis kahwin. betul. aku sangat tak faham.
kalo nak kata diorang jahil sekalipun, aku rasa tak salah. sebab memang tu je la ayat yang paling sesuai nak ucap. ni adalah adat satu suku kaum kat Semporna Sabah.
bila ada satu-satu kematian dalam family, benda tu hanya akan menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup. mana taknya kalo kena buat benda-benda pelik yang orang lain tak buat. dan tak akan buat. bila dengar pun rasa macam nak bagi ceramah free je kat diorang.
Adat bila nak buat kenduri arwah:-
1. Kena bagi cincin emas dengan orang yang mandikan jenazah - (perlu ke? bukan tu dah jadi tanggungjawab ke nak mandikan jenazah? harga emas skng ni bukan murah. nak-nak dekat RM2k juga sebijik emas tu. kalo macam tu, berebut la orang nak mandikan jenazah. tapi cara-cara tu ntah betul ntah tidak)
2. Kena jamu tetamu dengan makanan mengalahkan kenduri kawin.
3. Kena bagi duit atau saguhati kat orang kampung yang datang bertandang. kalo tak bagi, nanti orang kampung akan mengata. dan sekurang-kurangnya yang bernilai RM10. (kalo datang 400 orang???? RM10x400 = RM4000. waaa! kalo macam tu suma orang nak datang bertandang. kalo datang tu baca yasin ke apa, x pe la jugak. kalo setakat datang nak makan free dan mengumpat pot-pet sana sini, pun tetap tak akan pulang dengan tangan kosong. selalunya diorang akan bagi kain pelekat atau kaun batik. tak pun, akan bagi rm10 untuk sorang tetamu. BAYANGKAN LAH!!!
RM2000 (cincin emas) + rm4000 (saguhati bagi kat tetamu) + RM1000 (jamuan makan) = RM7000
gila ka apa nak buat kenduri arwah nak pakai duit kalahkan nak kawin. bukan ka benda ni hanya menyusahkan ahli-ahli keluarga yang tinggal tu? kalo kaya raya banyak duit takpe la jugak. kalo gaji pun kais pagi makan sebulan, mana nak cekau duit banyak tu? hanya sebab nak puaskan hati orang kampung? sampaikan ada yang sanggup bergadai sebab nak buat jugak adat macam tu.
yang anak-anak pun turutkan sangat adat bengong tu. kalo aku la, pedulik hapa orang kampung nak cakap apa. ko nak datang, datang. tak nak datang sudah. patutnya orang bertandang tu yang bagi derma kat kuarga arwah. yelah, dah la kehilangan anak, kira ditimpa musibah, tambah plak beban nak bagi makan, nak bagi saguhati bagai. banyak cantik muka ko!
kalo macam tu, kena maklumkan la kat anak-anak suma, jangan lupa buat simpanan at least RM10k sebab kalo mati esok, takdelah menyusahkan kuarga yang tinggal. hush! yang orang tua tu pun jangan lupa buat simpanan sama. so esok anak-anak takde lah sampai begadai sebab nak puaskan hati orang kampung.
sampai bila la adat macam ni nak diteruskan. harap-harap ada la yang sedar. tak perlua susahkan diri sendiri. tak perlu nak berabis beribu-ribu hanya nak RAI kan arwah. ni kenduri arwah, bukan kenduri kawin. tak paham betul la aku.
dah macam cine mati pulak kan?.. sbb bos dulu pernah ckp klu cine mati kene sediakan duit paling2 20ribu sbb nk buat mcm2 bila mati.
ReplyDeletehope atie boleh ubah adat ni. Mcm tini ubah ada 'kawen bersanding' di kampung. walaupun org kg marah, tp peduli apa kan. yg berdosanya kita.
tu layg berdosanya kita..
ReplyDeleteni bukan adat suku kaum atie..ni adat suku kaum kat semporna..tapi tu la, atie pelik dengan adat dorang yang 1 nie. mcm tak masuk akal plak.