Thursday, September 22, 2011

bulan mengambang~

aku rasa bulan dah nak mengambang la. patut la harini aku rasa nak marah je. mood nak mengawan ke ape. erk silap. mood tengah tak best jek dari tadi pagi. so kepada adik-adik yang ada dalam cbc ni, jangan buat hal kat kak tie okeh. kang tak pasal-pasal aku halau. 
watchhhhaaaaa!!

Tuesday, September 20, 2011

Tidak selurus kamu~

Bukan nak mengeluh. jauh sekali rasa tak bersyukur. 

perjalanan hidup orang kan lain-lain. aku lagi lah lain. bengkang bengkok bak ular kena pukul.

lepas habis spm, haluan aku start tak tentu arah. dengan berbekalkan result spm yang tak seberapa, aku sambung belajar kat kolej. kejap je aku kat form 6. tu lah, orang suruh belajar betul-betul, aku banyak main. huhu..

tu la 1st time dalam hidup aku jejakkan kaki kat bumi kl. masa baru sampai kl, bukan main jakun lagi anak pak Hamid ni ha. bila tiap kali pegi kolej, nampak klcc nun, rasa macam tak percaya je aku ada kat kl. jauh tu kl ngan sabah. dipisahkan laut china selatan woo.  

3 tahun aku habiskan diploma. tahun pertama duk sana aku dah tak balik raya. syahdu gila kau! mau tak meraung. bapak aku call malam raya tu. sampai bengkak mata aku nangis. waaaaaaa!! sangat syahdu beraya kat perantauan. nasib baik bukan aku sorang. aku angkut sekali 2 orang kawan sekampung aku yang sama-sma study beraya kat rumah keluarga angkat aku. habis la kitorang kena usung sekali ke johor, negeri 9, melaka. punya main meriah raya diorang. jauh sekali beza kalo nak bandingkan dengan raya kat kampung aku. masa tu pulak musim durian. habis aku melantak durian. sodap! ni hantu durian nih.. ^__^

dalam 3 tahun tu, ada la sekali cuti sem tu aku keja kat kedai butik baju budak. cuti 3 bulan. aku cakap kat mak, aku tak nak balik. aku nak keje sambilan. nak cuba carik duit sendiri. cewah. konon je anak pak Hamid ni nak berdikari. 

habis diploma, aku try cari-cari keja kat kl. bukan senang woo nak carik keja. haduih.! dapat keja kedai buku kat PJ. tp tak lama keja situ, mak suruh balik kampung. carik keja kat kampung je katanya. okeh mak.! arahan diterima.

balik kampung, menganggur nak dekat setahun. woo! lama tu siut. macam nak gila. tapi yang best sebab mak aku support aku amik lesen keta. yahooo!! thanks mak! hehe.

pastu dapat keja kerani biasa kat Pharmaniaga. pun tak lama. sebab aku sambung study kat UMS. pon 3 tahun. semangat gila aku dapat sambung study. haha. orang masuk U, aku pun nak masuk U. kat UMS ni, umur aku antara senior² yang junior. suma orang dok panggil aku "kakak". buhsan tul lah!. baru ingat nak menyamar budak². dah kantoi.. haih!!

habis study, dapat keja kat Giant. ehm. dengan gaji yang pada aku tak setimpal dengan keje, aku try carik keje lain. last² aku dapat masuk Graduate Employability Management Scheme. yang best training kat sini, banyak belajar benda baru. Part 1, in-house training kat Tuaran Beach Resort 2 bulan setengah. dapat layanan baik punya. siap dapat elaun lagi. best giler. pastu part 2 praktikal kat TMPoint Tg Aru. patut selama 6 bulan. tapi aku dapat keja kat PJK. tempat aku keja sekarang.

ehmm. bersyukur dapat keja ni sebab dapat stay dengan mak bapak. tak payah sewa rumah. lunch pun dekat je nak balik rumah.

tapi biasalah, manusia tidak pernah puas dengan apa yg dia ada. mungkin ada ada sikit perasaan tu kot. dalam duk keja ni, aku try usha² keja lain. keja tetap. semoga rezeki berpihak pada aku. amin.







Friday, September 16, 2011

Aku tahu aku tidak cantik~

Dia tahu dia tidak cantik... Tapi, walaupun dia tidak cantik, dia tetap ada kelebihan..

Kerana dia tidak cantik, dia tidak jadi mangsa gangguan lelaki2 yang rosak akhlaknya.

Kerana dia tidak cantik, dia dapat pelihara diri dia daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana dia tidak cantik, dia selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.. 


via Awang Hanizam FB

Selamat Menyambut Hari Malaysia~

Selamat Menyambut Hari Malaysia. 

aku bangga jadi anak Malaysia. aku bangga jadi anak Kunak. (erk..tetiba plak ni.)

suma orang tau 16 Sept adalah tarikh tertubuhnya Malaysia. Sabah & Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu dan jadilah Malaysia. 

erm. tapi ada juga segelintir orang yang tak sedar harini hari apa. punya sedih orang tu kan. patut kena buang negara tuh.

selalu ada ayat ni kuar dari pihak-pihak media. "seluruh Malaysia *termasuk Sabah & Sarawak". erkk. apa Sabah & Sarawak ni luar Malaysia ke? 

pernah tu sorang pakcik tegur aku ngan kengkawan.
pakcik: "anak-anak suma ni dari asal dari mana? sleng lain macam je.."
aku: " kami dari Sabah pakcik."
pakcik: "ooh yeke. selamat datang ke Malaysia.."
aku & kengkawan : "errkkk..bingung jap. Sabah ni luar Malaysia ke..??"

tapi kena la pikir positif. mungkin pakcik tu maksudkan selamat datang ke Tanah Melayu kot. hoho. actually bukan sekali tu je kena macam tu. most of them yang aku baru kenal kat kl tu cakap kat aku macam tu. ehm, takpelah. hukhuk.

anyway. selamat menyambut Hari Malaysia. orang cuti. aku jugak yang keja.  untuk mencari sesuap nasik. ;p


Wednesday, September 14, 2011

Semoga bahagia itu milik kamu selamanya~

Bahagia melihat wajah itu tersenyum.
Bahagia melihat wajah itu ketawa
Bahagia melihat ada insan yang sayang dia dengan tulus
Bahagia melihat tangannya dipimpin oleh kekasih halalnya
Bahagia melihat mereka bahagia.

Semoga bahagia itu menjadi milik kamu selamanya.
selamat pengantin baru kakakku sayang~
Asmiati & Noorhisyam
9.9.11

p/s: erk..aku taknak panggil dia dengan nama tu boleh? aku nak panggil dia abng azlan okeh tak?


Tuesday, September 13, 2011

Selamat Ulang tahun Niena my nure'


Selamat ulangtahun my princess nure'..
jangan nakal-nakal
belajar rajin-rajin
no lop-lop okeh
mck sayang niena. 

andai saja~

Assalamualaikum..

Semakin tak berpenghuni blog aku ni. 

dear diary..
rasa ingin pergi jauh. jauh. jauh. jauh. dan jauh. biar takde kenal kat sapa-sapa. andai saja aku bisa putar balik masa. andai saja aku bisa ulang sumanya. andai saja........

Atieabid. bersyukur la dengan apa adanya. 


Friday, September 2, 2011

Hidup~

Hidup tidak selalunya cerah.
Hidup juga umpama roda.
kamu tidak akan selalu berada di atas
akan sampai masanya kamu akan berada di bawah
di mana kamu bukan la siapa² pada semua orang

Allah itu juga Maha Adil
what goes around comes around.
kerana hidup ini karma
kena ingat itu

jodoh pertemuan semua di sudah tertulis.
andai saja kita tahu siapa jodoh kita
tak payah bersusah payah bercinta bagai nak rak
yang kemudiannya hanya putus di tengah jalan
kalau bukan kamu yang meninggalkan, kamu la yang akan ditinggalkan.
itu lumrah.

ada pasangan yang berjumpa, bercinta, bertunang dah berkahwin
ada pula pasangan yang berjumpa, bercinta, putus. berjumpa pula dengan orang lain. kemudian putus lagi. lagi . lagi. dan lagi


bosan? penat?
bergantung pada hati.
...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)