Friday, May 7, 2010
Honey to Hubby~
Wednesday, May 5, 2010
Berita Sedih itu..
"Salam. Emak sudah diperiksa. Berita yang kurang menyenangkan. Emak disahkan BARAH RAHIM. Setakat ini belum tahu seteruk mana, pemeriksaan yang lebih detail akan dijalankan. Lepas tahu peringkat mana(mudah-mudahan masih di peringkat awal), baru boleh buat perancangan tentang rawatan emak. Setakat ini emak dan ayah belum tahu apa². Berita ini untuk kita adik beradik saja dulu. Kalau sudah tahu yang lebih terperinci, nanti kita semua akan bincangkan apa yang perlu. Buat masa ini, jangan cakap apa-apa dengan emak dan ayah....saya tak nak emak dan ayah risau.."
Ya Alah, mak disahkan Barah Rahim. harap² masih diperingkat awal. aku sedih sgt. seboleh²nya aku mau terbang kesana skng jugak. jaga mak kat hospital. temankan mak. tenangkan hati mak. Ya Allah, risaunya hati ini mengenangkan emak.
Ya Allah, sembuhkan lah emak
jangan la ada apa² yang serius terjadi dengan emak
p/s: Hati, tenang la..Hati, tabah lah.. Hubby, i need u..but....
Tuesday, May 4, 2010
Congratulation to myself~
Terima panggilan dr KL. Ehm, sapa punya number plak nie
"Cik Hamiatie, saya dr XXX company, cik telah berjaya mendapat jawatan pengurus pusat jalur lebar komuniti kat Kampung Lormalong Kunak. Adakah cik Hamiatie terima jawatan nie?"
ohooo..opkos aku terima..
Terima Kasih ya Allah atas rezekimu. Akhirnya aku dpt jugak keja tu. Amin. Keja kat kampung sendiri. tinggal plak dgn mak bapak. Alangkah bahagianya. Kunak, ntikan kepulanganku..
p/s: hby, hny dpt keja tu. hby dpt keja kat penang. T_T.. jauhnya..semoga hub nie dipermudahkan Allah.. amin..
Monday, May 3, 2010
Aku pantang betul dgn orang mcm tuuuuut nie Part I..~
sistem tiket bas kat sabah belum secanggih sistem kat dalam gambar ni lagi la..hahaha..bila la nak maju..heh..
tunggu punya tunggu punya tunggu, bas pun sampai. tp aku x terus naik, ingatkan bas tu yang pukul 9 punya bas, sekali smpi 9.30 dia pun x jalan lagi. ok, nie mesti bas aku nie. terus tanya ngan conductor bus tu, nie bas jam berapa punya. dia kata bas jam 10. laa, bas aku rupanya. nasib baik aku tanya, kalo x, x pasal² aku kena tinggal bas.
Mau dijadikan cerita, seat aku dah ada orang duduk. couple plak tu. aku terus kompius. aku ke yang salah bas, atau aku salah tgk number seat aku tu..?? conductor bas tanya aku, "akak seat number berapa kak..??"..aku jawab la No.32 sambil menuding jari kat seat yang sepatutnya seat aku tp dah ada sepasang couple duduk kat situ dengan gaya yang sungguh menyakitkan hati. bertambahlah hangin hati aku nie..Huh!! suka ati dia jak nak duduk tempat org..
Bweeekkkk!!
couple lelaki: "saya pening kepala la kalo duduk belakang sekali"
Saya Sayang Emak Saya..
dapat mesej dari kak Encheng..
Kak Encheng: " Emak akan masuk hospital hari ahad, pemeriksaan dan pembedahan kecil akan di buat pada hari rabu. Insya Allah, jangan risau. Kalau ada apa², akan di inform."
atieabid: "Mamak sakit apa kak..??" dalam hati sudah berdegup kencang..
Kak Encheng: " Belum tau lagi.."
Ya Allah..
Saya sayang emak saya..
Semoga Allah panjangkan umur emak..
Semoga emak baik² saja..
Semoga semuanya berjalan dengan lancar..
kepada pembaca blog nie,
doakan emak saya sihat² saja k..
terima kasih semua..
p/s: entry epalejau wat aku nak nangis plak..T_T..
to epalejau..jangan sedih² ya..sama² jak kita berdoa semoga sumanya berjalan dengan lancar..
amin...