Thursday, February 14, 2013

.Sekumpulan orang asing bersenjata di Lahad Datu.

10:22 PM 12/02/12
Assalamualaikum. Pesanan utk family membrs n close friends, berhati2 di laut dan jgn pergi ke pulau2 berhampiran semporna n lahad datu dlm masa terdekat ni ya..

Dapat mesej dari kak veen. terus cancel suma niat ke pulau mabul. dalam hati still tertanya-tanya apa benda yang tengah berlaku ni?? kak veen cuma kata marabahaya. ohooo ok. 

semalam dapat news plak.
Sumber: FB
Ya Allah. cuak gila weh. Lahad Datu ngan Kunak cuma 58.8KM je. dalam 1 jam lebih je perjalanan. dah la sepanjang² jalan Kunak-Lahad Datu tu menyeramkan dikelilingi kelapa sawit je. dibuatnya suma mundu² tu datang Kunak kan naya. 


Kunak, Lahad Datu, Semporna memang dekat dengan perairan. kalo dibuatnya mundu-mundu-mundu tu semua lalu air pun memang kejap je nak sampai. harap-harap la pihak polis dapat tangkap semua mundu² tu. dengar² ada 300 orang bersenjata. glup! memang mengerikan. aku rasa macam kat Gaza plak dah. tak pun, macam kes abu sayaf duluuuuuuuu punya cerita kat Pulau Sipadan. simpang malaikat 44. 

sekumpulan mundu ni dipercayai dari selatan filipina. yes, memang sangat dekat. memang kat Lahad Datu tu ramai sangat orang asing yang takde dokumen pengenalan diri. gila menyeramkan aku nak jalan sensorang kat sana. huhu.

Ya Allah, selamatkan kami dari kerakusan orang² yang berniat ingin menghancurkan kami. Kau lindungilah kami, keluarga kami, rakan² kami dan mereka yang tidak berdosa Ya Allah. 

Tuesday, February 12, 2013

Rumpai Laut Terbaik!

Rumpai laut adalah pencegah kanser paling otai. yes! ada fakta dari Serena Gordon, HealthDay Reporter. tetiba lak.

Sebenarnya ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi khasiat rumpai laut ni. Baik untuk dalaman mahupun luaran.  Pompuan mahupun lelaki. dewasa mahupun kanak-kanak. 

secara jujurnya aku dah try suma. makan?? dah.. buat masker?? pun sudah..buat puding? sodap! buat kerabu+kerisik kelapa?? sangat sedap oke..kecur airliur aku. huhu.

hasilnya?? ececeh.. meh aku nak bagi testimoni aku sendiri..

Dulu lepas turun dari daki gunung Kinabalu, lutut sebelah kiri aku sangat sakit kalo dah mencangkung atau pun duduk besila (tau tak camana cara duduk besila ni?? erk. )
Rumpai Laut Ungu Gred AAA

Baru mencangkung 2 3 minit, aku rasa susah sangat nak berdiri sebab lutut sebelah kiri dah sakit. ehm. pastu ada sorang sahabat sarankan aku makan rumpai laut ni. ok, aku try la sebab dia bagi aku free. ehehe. tokeh rumpai laut la katakan. ^_^ sekarang ni alhamdulillah lutut kiri aku dah tak sakit dah. :)
Rumpai Laut Putih Gred AA.
Rumpai laut putih ni kalo dapat buat kerabu pergh!!! wa cakap lu. mak mertua lalu belakang pun lu tak nampak beb. yelah, dah lalu belakang, emang ler tak nampok. kalo lalu depan pastu tak nampok, memang nak kena pelempang ye dak.

aku suka sangat makan kerabu rumpai laut. dengan harga yang tak mahal sangat, aku rasa semua orang mampu milik rumpai laut nih. so, 1kg tu memang cepat sangat habis la. bukan apa, sebab pi buat kerabu. makan dengan nasik. ehm. nasib la murah kan. kalo mahal, ehem ehem, mesti tak mampu nak makan macam tu kan. 
Lai Chee Kang Rumpai Laut~
Ni lagi 1 produk yang dihasilkan dari rumpai laut. lai chee kang rumpai laut. ko hade?? ni akak sariyaman yang buat ni..bleh tahan sedap. 
Masker Collagen
lagi???

lagi 1, bila buat masker, muka akan rasa anjal. best sangat². aritu aku pegi pulau burung-burung. mandi manda dengan rakusnya. tanpa memakai sebarang sunblock. muka jangan kata lagi la camana hitam dan legamnya. tapi takpe, dalam hati aku 1 je, balik ni mesti nak tempek masker pmc. dah ya, aku tempek tempek tempek dan tempek masker malam tu, esoknya kawan aku tegur yg muka aku xde la kena sunburn sangat macam muka diorang. ehehe. ni la penangan masker pmc.

Nak beli rumpai laut??

Ok, nak maklumat lebih lanjut pasal camana nak masak, camana nak buat itu ini, camana nak beli suma tu, details ada kat sini.

Website: www.raturafilah.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/profile.php?id=100005053418392
Facebook Fanpage: http://www.facebook.com/raturafilahrich?ref=hl
email: raturafilah@gmail.com
SMS @ Call: (Hamiatie: 019-8967394) @ (Kasmidah: 014-8540929)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)