aku kan. takut gila nak komen bila orang timbulkan issue bertudung dan tidak bertudung. nanti komen kang, tersalah komen plak. kang ada kecik hati. sebab aku sendiri bukannya baik sangat nak nasihat orang macam-macam. tapi ni ha, ada terjumpa tadi kat fb.
Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia?
Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia.
Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf.
Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga.
Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa
jika niatmu bukan kerana Allah.
Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak.
Sia-sia sahaja!
DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat?
Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi.
Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah.
Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh.
Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan
dan hakNya kau ketepikan,
usah kau mimpi dan angkuh!
Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat?
Jangan mudah-mudah kau fikirkau akan selamat
selagi kau tidak menganggap
dunia ini penjara buatmu.