Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Picnic tidak seindah yang diharapkan~

02 May 2011. happy besday to abg ipar aku. semoga yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan. amin.

sempena besday abg ipar ni, bini dia aka akak aku buat la plan nak gi celebrate kat Taman Bukit Tawau. sambil mandi manda, makan-makan. siap buat 3 bijik kek tu. gila la. caya la kak! cheese kek, moist coklet n durian cheese. fuh!!! meletop wa cakap lu. sodap sodap sodap hingga menjilat jari. :D

mak masak nasik kuning, epal wat sandwich. aku? tukang makan. hahaha

bangun awal pagi. ceh, aku jugak yang lambat bangun. yang lain tengah siapkan apa yang patut, aku masih kat atas katil. kenapala aku dah jadi pemalas ni. haih!

aku drive keta bapak. bapak takmau ikut. ala bapak ni. sangat tak sporting. dia kata dah pernah pegi, so malas nak pegi dah kali ni. dia nak jaga rumah je. haih. ada ka patut. huhu

belum sampai pun Taman Bukit Tawau tu, hujan rintik-rintik dah munculkan diri. haish. please, tolongla jangan hujan. uhuh. sampai sana jek, hujan dah. orang plak ramai. parking dah penuh. kena park keta jauh-jauh. sedih tul! dah register, masuk carik tempat pun suma dah penuh dengan orang. ohoo. suma orang nak mandi ke.

carik punya carik, jumpa 1 tempat. so, lepak kat situ. bukak tikar n letak barang-barang. disebabkan hujan, tak bleh nak lepak tempat yang tak ramai orang. dan yang sangat tak best sebab kali ni "wrong place" bak kata kak anna. geng budak lelaki siap main gitar menyanyi terpekik terlolong dekat kitorang. sangat tak aman. dan hilang segala mood yang ada.

pegi mandi rendamkan badan. sejuk! grrrrr.. tak sampai pun 15 minit rendam badan, guard suruh naik. dia kata banjir. cit! punya main rugi. huhuh.

naik kemaskan barang & berinut. malas nak lepak lama-lama lagi. dengan mamat-mamat bangang kat situ. sah lagi tak aman dunia aku.

percutian dengan family yang diharapkan best, berakhir dengan kuciwa. huhu. sian abg ipar aku. dah la besday dia, tak dapat mandi plak tu. tak enjoy langsung. penat angkat usung barang je arini. sabor je la.

lain kali nak pegi picnic kena pgi time bukan public holiday okeh.

Friday, January 21, 2011

Short Vacation Jakarta+KL 2011

Percutian yang telah dirancang seawal May 2010. tiket main beli jek. sebab murah. can u imagine? Kota Kinabalu - Jakarta - KL - Kota Kinabalu = RM120. dapat cuti atau tidak tu belakang citer aa.. Plus dengan airport tax jakarta RP150k la plak. ingatkan semua dah sekali dengn airport tax. rupanya kena bayar kat kaunter. ehm never mind la kan. janji dah pegi cuti-cuti Malaysia.

very-very-very-very short vacation. walaupun amik cuti yang boleh dikatakan lama la juga, tapi tetap rasa tak puas. haih~

10.01.11
- balik kerja terus ke airport. terbang ke KK. tido rumah abang. dapat jumpa dengan nurek-nurek yang ensom-ensom. hihi. dapat jumpa dengan Auni yang tembam. rindu rindu rindu banget!

11.01.11
- seawal kul 11 aku gerak ke kk. jumpa Mazie ngan Murada. tukar RM to Rupiah. pergh. tukar duit takde la banyak sangat kan. tapi bila dah convert ngan duit rupiah, terasa aku sebagai seorang jutawan. hahaha. berjuta-juta lemon gitu.

- dalam pukul 6 tu, Clarice amik kitorang kat ruma Mazie. hantar pegi airport. thanks Clare..=)

- terbang dalam 8.30pm. sampai sana dalam 10.30pm. ingatkan 10.30pm tu time Malaysia, rupanya tu time kat Jakarta. so, kalo waktu Malaysia, 11.30pm. haha. patut la mak aku call tak dapat-dapat kan. sian mak aku. habis kredit dia call anak dia rupanya masih kat tas kapal. huhu.

- sampai airpot, tunggu Pak siswanto aka tour guide kitorang. masa ni la ramai kutu teksi nak cucuk jarum. punya la main menyampah dengan sorang lelaki tu. tak paham-paham bahasa betul. nak jual simkad indon kat aku dengan harga RM20. oho. mahal tu. ntah-ntah kat luar sana takde la semahal tu pun. ceh~ aku kata tak nak tu, aku tak nak la. ni nak main paksa-paksa plak. nasib baik bukan tempat aku, kalo tak memang ada yang kena tengking. huh!

- Pak siswanto bawak pegi makan. kat restoran masakan padang. sedap tu memang la sedap. tapi mahal giler!

our 1st meal @ Jakarta.


licin tuuu.

stay kat Hotel Alia Cikini.

Vacation with my bff Murada n Mazie.
- hotel ni takde wi-fi. sebab tu la aku kemain lama tak hupdate blog. mau seminggu jugak aku tak dapat online. punya penasaran.

12.01.11
- Lepas sarapan Pak siswanto bawak pegi shopping kat Tanah Abang. amik ko. punya main banyak kedai dalam tu. erk, memang la shopping mall banyak kedai kan. ehm, maksud aku kedai dia kecik tapi barang sampai letak kat luar kedai. very-very-very-very crowded. dan lagi satu! sangat rambang mata okeh. huhu.

- sesungguhnya aku shopping bukan untuk aku. huaaa! aku shopping untuk orang rumah. dah siap beli barang untuk orang rumah, baru aku pikir untuk diri aku.

- Kat Tanah Abang tak lama, 3 jam je. memang tak puas. sangat-sangat tak puas. huuaa! memang nak kena pegi lagi nih. huhu.

- Next mall kat Mangga Dua. ingatkan kat Tanah Abang ni dah cukup crowded, rupanya kat Mangga Dua lagi la crowded. fuh!

- oleh sebab Mangga Dua ni tutup kul 5, so kitorang pun tak dapat lama kat sini. next pak siswanto bawak ke Ex. mall ni standard orang kaya je pegi. dapat la beli t-shirt Hard Rock Cafe Jakarta.

- Dinner kat Baso. kedai moomoo.. ni kalo epal nampak nie mesti dia jeles. wahaha.

Restoran MooMoo~ dah lupa la nama restoran ni.hehe

- end of the day. balik bilik terus tido. punya main penat!

13.01.11
- after breakfast, pegi Ancol Bay City. ni lebih kurang macam genting highland la nie. tapi tak main pun. pegi amik gambar je. hehe.

Ancol Bay Jakarta

- balik dari ancoll bay terus ke airport sebab flight kul 3pm. huhu. sungguh pendek ku rasa percutian ini. tak puas aaaa..

- flight plak delay. cit~



14.01.11
- Genting time!!
 
15.01.11
- jalan-jalan kat Bintang Walk dengan mazie n murada. penat giler. tak larat la. huhu.

- Dia hantar pi airport. huhu. punya sedih time nak say gudbye. rasa nak nangis pun ada. T_T

- flight delay lagi. haih. apa la malang nasib. asyik delay aje.

- sampai airpot kk pun dah tengah malam. abg zul amik. hehe. buli dia lagi.

16.01.11
- sempat lagi kuar pi karamunsing dengan mazie. ingatkan nak gi karaoke. sekali black out dah. sian tul.

- malam flight to Tawau. punya penat! tapi happy. arggg~~~~~!!!! malasnya nak start keja. huhuhu. still in holiday mode ..~


p/s: rindu itu masih ada.

Saturday, January 1, 2011

A walk to remember~

Salam tahun baru kepada semua..~


perginya 2010 dengan seribu kenangan. semoga 2011 akan membawa seribu kebahagiaan. amin.

sedar tak sedar je. pejam-celik-pejam-celik-celik-pejam. dah tahun 2011. aku rasa macam baru je sambut tahun 2010. aiya. mereng dah kepala otak aku nie. apa yang best sepanjang tahun 2010? tak tau la nak kata best sangat atau tak best sangat atau sangat tak best.

Januari - May 2010
Masa ni aku ikut program Graduate Employability Management Scheme (GEMS). Part II. Program ni sangat la best! thumbs up! serius wa cakap lu. Part I, aku belajar banyaaaak benda. dan jumpa ramaaaiii kawan. mewah tau ikut program nie. aku ikut batch 3 kat Tuaran Beach Resort Sabah. dah la tinggal kat hotel. makan pun kena jaga. ala-ala vip tuu. sampai masa pegi je dewan makan, dah terhidang. fuh! maveles. dapat plak elaun tiap2 bulan. memang dasar kena manja la katakan.


program nie sebenarnya untuk para-para graduasi yang belum dapat keja. tapi time aku masuk program nie, aku dah keja kat Giant Hypermarket Tawau as Operation System Analyst. tapi sebab nakkan pengalaman dan modul2 yang diajar dalam program ni, aku lepaskan keja aku. ko gila. kalo nak dapatkan modul nie je kena bayar beribu tau baru dapat attend. lagi2 trainer yang bagi course kat kitorang ni suma poweeerrr!! memang salute dengan diorang. boleh dijadikan idola.! serius nih!

antara modul2 yang aku dapat belajar kat GEMS ni:-- English for Business Life
- Cambridge English for Life
- Achieving Personal Excellence
- Project Planning
- Business Appreciation
- Problem Solving
- Time Management
- Professional Grooming
- Customer Services
- Presentation Skills
- Interpersonal Communication
- Operation Management
- Office Management
- Employability Enhancement Workshop
- Value Talk 1 : Corporate Culture and Values in Malaysia
- Value Talk 2 : Achieving Excellence Performance at Work
- Value Talk 3 : Achieving Excellence Performance at Work: Secret of Success
- Value Talk 4 : Imbuing GEMS Values
Best kan modul2 yang dibagi. memang mengujakan. best!!! Part I 2 bulan setengah jek. lepas tu proceed to Part II. Praktikal selama 6 bulan. pun dapat elaun. yang bestnya sebab tak terikat dengan kontrak ka apa. means kalo dalam masa tu dapat keja lain, boleh pegi. janji jangan la wat taik kat tempat praktikal tu kan. bagi la surat pemberitahuan. jangan main benti mcam tu je. kena jaga nama baik sendiri la kan.
kitorang kena cari tempat praktikal. sepatutnya disediakan. carik sendiri. nak harap management carik untuk suma orang kesian la kat depa. bukan 10 20 orang. beratus orang yang ikut program nie. hantar surat & resume kata nak praktikal. at last dapat praktikal kat TMPoint Tanjung Aru. 


May 2010 aku pegi interview keja aku skang. dengan harapan yang menggunung tinggi aku balik kampung. interview kat kampung sendiri. kampung halaman aku tuh. akhirnya dapat jugak aku keja nih. alhamdulillah. amin.
aku berenti awal dari TMPTA sebab aku pegi Penang sebab dapat berita dari kakak aku yang mak aku kena cancer rahim. Ya Allah. harini dapat berita gembira, esoknya dapat berita sedih. mak kena jalankan pembedahan. aduh! Risau yang amat time tu. Mak kat Penang dengan kakak. so, aku benti awal sebab nak jenguk mak kat sana. mak plak taknak kena bedah. mati2 kitorang pujuk, mak tetap taknak. ok lah. tak pujuk dah. yang penting mak makan ubat dan jaga kesihatan.
Besday aku tahun ni celebrate kat Penang. kakak bawak makan nasik lemak glemer kat Penang. ada mak, bapak, kakak.

June - July - August - Sept - Oct - Nov - Dec 2010
Menjadi staff Community Broadband Center. sudah semestinya aku happy sebab dapat keja nie. dah nama broadband center kan, musti la hari2 orang leh nampak aku online. kat rumah plak pasang streamyx. woooo! 24 jam la anak pacik hamid ni online. tak buhsan ke ko atieabid?
buhsan jugak kengkadang. sampaikan dah taktau nak wat apa. tapi bukanla keja aku duk online je memanjang kat opis (bukan opis sebenarnya) tu. macam le aku takda keja lain kan. huhuhu.
p/s: satu kerugian aku tak dapat buat entry time ikut GEMS. banyak gila memory bleh share kat sini. takpa2, nanti akan ku buat entry khas untuk itu. tungggguuuu!!


Monday, October 11, 2010

Semporna Holiday Resort~

mcm biasa, asal ada ja orang baru dtg aku akan bawak jalan2 kat Tampi-Tampi Semporna. maklumlah, tempat tu kan glemer dengan penggambaran filem Duyung. kena lagi dengan orang yang mmg suka mandi laut. lagi la best nak bawak diorang jalan2.

seingat aku, last aku pegi mandi sana masa raya ke-4. pegi dengan geng sekolah menengah. habis sun burn muka aku. nie muka belum putih balik dah pegi mandi manda lagi kan. adeh. tambah gulap gulita la aku lepas nie.

anak angkat mak dtg dr Penang. kak Siti. datang dengan anak dia Mira. ber2 ja. petang semalam diorang selamat smpi kat airport. so bawak la jenjalan kat kat floating & Tampi-Tampi Semporna. mula2 bawak jalan g kedai mutiara. saja nak tunjuk kat diorang mutiara kat Sabah nie murah. original lagi tau. pastu bawak jalan2 di Floating. saja jalan2 amik gambar. ada la kenangan utk diorang. kalo nak ikutkan, gambar aku kat sana dah belambak dah. tp kenangan lain2 la kan. yg kelakarnya sebab suma kengkawan Mira x percaya dia skg ada di Sabah. so, sebagai bukti, dia pulun amik gambar banyak2. pastu bgi kawan2 dia jeles. hahaha.

Ni la tetamu istimewa dr Penang..=)

destinasi terakhir, kitorang pg mandi manda di Tampi-Tampi. seronok tgk Kak Siti n Mira happy. =) x bleh mandi lama sngt sebab dah dekat nak maghrib. so sebelum kul 6pm tu, kitorang gerak balik. singgah kejap plak di pasar malam. beli sotong & ikan bakar. punya la kak Siti n Mira excited sebab harga sotong n ikan bakar sangatlah murah. kalo kat penang mmg susah nak jumpa yg murah. lagi2 sumanya sponsored plak by Kak Anna. kredit 2 her. thank kakakku syg. hehe. murah rezeki akak lepas nie.

Ikan bakar! sotong bakar! murah murah!!
yang besar tu rm6 ja..murah kann??


lepas makan tu balik Kunak. kepala pun dah fenin2. tp bila tgk laptop nie, terasa jgk nak post new entry. tp gambar2 suma ada dlm camera Mira. esok la update gambar plak. Mira dah tidur rasanya.

nite world!

p/s: Rindu Qawiem already..huhu..

Saturday, January 16, 2010

Long Journey 2

8hb Jan 2010

Bangun awal jugak la dari biasa..
Harini mau hantar keta balik pegi semporna..
sebelum tu bawak mazie n murada jalan2 kat Pasar Tanjung Tawau..
diorang borong amplang n ikan kering..

ikan kering, udang kering...murah murah..!!

keropok amplang tetap menjadi pujaan..

balik dari semporna pegi ikut keta Darren..
malam tu makan kat Olive Bistro..

model Olive neh..

yummy2!!

mabeless!!

Olive Bistro

sungguh kenyang dan menyelerakan....
nie balik mesti terbongkang nie...
macam mau jadi ular sawa sdh..

----------------------------------------------------

9hb Jan 2010

Hari nie hari last aku bawak mazie n murada jalan2..
actually, aku pun xtau mau bawak dorang jalan2 pegi mana..
so, aku bawak dorang pegi bandle tawau...@ rombengan..

nie la pasar rombengan tawau..

pastu darren bawak kitorang makan kat CJ's Bistro..
aiyo...suma makanan pun mahal2 siut..
nasib baik sir darren murah hati mau belanja kami makan...
hehehehe...
thanks darren..
tunggu aku dapat keja exec esok, aku belanja ko makan ek..
aminnn....

tempat cantik mcm nie conform harga mahal..huhu..

pizza tu sedap...betul nie..rugi kalo x try...

hahah...licin selicin licinnya..

lepas makan, darren bawak plak jalan2 kat Pantai Batu Payung..

nice snapshot huh!

memandangkan matahari dah pun terbenam, ini bermakna yang kami akan meninggalkan Bandar Tawau x lama lagi...
balik naik flight..
x larat mazie n murada mau naik bas 10 jam lagi..
hehe...sian kat dorang sebab x biasa..
aku neh lain cerita la..
huhu..dah kebas bontot aku naik bas tuh..

naik MASWing

bye bye Tawau...
KK!! im back..!!
sweet memory with u girls..muahhh!!!



p/s: teringin plak aku nak merasa honeymoon..mesti best kan...hehehe..gatai..

Friday, January 8, 2010

KK -> Semporna -> Kunak -> Semporna -> Tawau -> Semporna -> Tawau -> KK

Long journey..


KK -> Semporna -> Kunak -> Semporna -> Tawau -> Semporna -> Tawau -> KK

ceritanya bermula disini

5hb Jan 2010

Bawak dia balik jumpa mak..ehm..takut, gementar, suma perasaan ada..dia pun gementar..aku tau walaupun dia kata x..
ceh..mo tipu konon..hahah..
sembang2 ngan mak x lama,
aku tipu dia aku mo blik kunak ngan mak..
sekali dia tanya mak

dia: "napa balik besok makcik..??"
mak: "x la..atie jak yang balik"

aku gelabah..aisemen..kantoi la pulak..dia dah start jeling..aku tau aku x sempat mo bagi signal kat mak..
ah sudah...mampos aku..

pastu aku mintak izin ngan mak mo kuar ngan dia..mo beli tiket..
dia x kata apa pasal aku balik sorang..
smpi terminal bas inanam, dia teman aku smpi Kaunter Dyana. aku beli 3 tiket..dia tanya sapa lagi yang 2?
muka x puas hati jak..
aku jawabla mazie n murada..jawapan dia "patutlah..."
huhuhu..sekali lagi aku kantoi..
otw mo pi keta tu, dia xmo cakap ngan aku.
ah sudah mamat nie..
merajuk la pulak..
dia marah sebab aku x bilang yg aku mo balik dengan mazie n murada..
aku xtau mo bgtau apa kat dia sebenarnya..biarlah..

pujuk puny pujuk, dia cool..
alhamdulillah..
fuuuuhhhh!!!

----------------------------------------------------------

6hb Jan 2010

awal pagi lagi aku siap..
mak buat sarapan macam biasa..
aku tunggu bas seawal 8.30am di depan kedai simpang putera perdana..
dia datang jumpa aku..
sedih..
sob sob..
bye bye syg..

sampai semporna dalam kul 6.30pm jugak..lambat gila..
sekali kak anna plak kata mo balik kunak malam nie..
ahhhh....
out of our plan actually..
plan asal kmi mo pegi maliau basin..
rupanya kena mintak approval form Yayasan Sabah..
aisemen..habis suma plan lari..
so, ikut kak anna balik kunak la ceritanya nie..
pi kenduri arwah pkcik aku..
so, aku, maz n murada mengangkut lagi barang2 masuk dalam keta..
smpi kunak terus pegi rumah makcik..orang suma tgh mkan..
kami smpi jak terus kena jamu..
wah wah wah..tetamu dari jauh la katakan..

sedih tgk makcik n my little kazen, Nanda..
kecik lagi Nanda sdh x punya bapak..
makcik plak pregnant lagi 3 bulan..
pakcik pergi dalam tidur..
pakcik imam kat kampung tu..
bila ingat balik, macam x percaya..
sebab selama ni, pakcik nampak sihat n xda penyakit..
tp ajal di tangan tuhan..
Al-fatihah untuk arwah..
semoga Allah tempatkn pakcik di kalangan orang2 yang beriman..
pastinya rmi yang terasa kehilangan..

pas kenduri, kami balik umah mak..
tido sana...
rindunnyaaaaaa kampung halaman....

---------------------------------------------------------

7hb Jan 2010

Sampai semporna dalam jam 11am..
pinjam keta kak anna.. bawak dorang jalan2 kat Tampi-Tampi makan seafood kt sana.
orang kata murah..

at Tampi-Tampi Semporna

murada teringin mo makan lobster..yummy yummy..sedap2...terbang jugak la RM50 sorang...

berseleranya mereka makan..

Crabs masak cili kering..

Loster masak butter..fuhh..!!mabeless..

lepas mkan pegi Floating..Just jalan2 n tangkap gmbar..

welcome to Floating semporna..

pastu drive pg tawau..
hhahhaha
ini 1st time aku bawak keta smpi tawau..dri semporna plak tu..
just trust on me..i can..hehehe
selamat jugak aku smpi tawau kul 4.30 tu..
jumpa darren..
Yay!! lama x jumpa dia..rindu..
parking keta kat umah kak as, then ikut keta darren pegi Daily-Q steamboat..

Andi Zul, Murada, Mazie, Aku, Darren (the tallest guy) & effy..

Licin pinggan aku kerjakan..

GemsTBR03..

darren bayar aku punya..
hehehe..thanks darren..
lain kali blanja lagi k... ^_^

balik umah n tido..huaaaarggghh!!! punya ngantuk...

-----------------------------------------------------------

8hb Jan 2010

3.14am

mau tido..
esok sambung perjalanan lagi..


p/s: pic dah update..hehe..

Sunday, August 2, 2009

Pulau Mabul & Kapalai 2

Baru balik dari Kapalai Island..
Oh my Goodness..
kat sana lagi cantik aku rasa..
kali nie, walaupun aku takde abg safe guard yang jaga aku semalam, tp aku ada kak su yang tolong jaga aku sepanjang aku snorkel..
best2..hanya itu yg mampu aku cakap..
fuyohhh!!

skng nie baru abis lunch..
yg len sedang lepak kat games room..
aku...??
aku nak post entry nie dulu..
yeah, im stil at Mabul Island...
after lunch, maybe around 2.30pm we have to move..

sampai pekan Semporna nti, singgah umah kak Anna..
dia buat besday party untuk my cantik Eila..
yang ke 7 tahun...
alalala, x beli lagi hadiah nie..
merajuk plak dia nti nie..

gambar2 nti la baru aku nak post kat sini...
huhuhu..

Pulau Mabul & Kapalai

Aku dah bebas..
bebas??
bebas amende!!
wahaha...
saje je..membebaskan diri dari pelbagai masalah..
lagi2 spent my holiday stay at Mabul Island..

1st day (1st August 2009)
Mabul Island is so beautiful..it so amazing..
semalam 1hb, aku ikut trip akak n the geng ke Pulau Mabul..
Naik speed boat dr Pekan Semporna ke Pulau Mabul amik masa dalam 30minit..
abis lenjun aku dengan percikan air laut..
tapi takpe, nanti aku smpi, aku nak mandi puas2..
hitam ke, sunburn ke, aku tak kisah..
huhuhu..

smpi tempat penginapan tu, kitorang check in n lepak2 kejap..
dalam jam 12.30 kitorang lunch..after that tunggu boat n gi jalan2 kat Pulau tu..
Cantik...tapi sayang x banyak amik gambar...
yelah, ingatkan terus nak gi snorkeling, tu yang x bawak hp..
kamera plak Dr Jalil pinjam sebab dia nak diving..
alahai, punya siok..huhu

lepas jalan2 tu, kitorang pun gi snorkeling..
wohooooo...
can u imagine how i am snorkeling...??
sedangkan aku nie manalah pandai berenang...
hhahaha..
aku ada guard tau..
aku dah le pakai life jacket, n then pakai plak pelampung...n yang paling best sebab aku ada orang yang jaga aku time aku snorkeling tu..
dia bawak aku jauh2 skit..
waaaaaa!!!!!!!!
im so excited u know..
yelah, sebelum nie nak tgk dasar laut pun kat tv atau just kat picture..
x pun, tgk kat tepi2 pantai jek..
nie dia bawak aku gi tempat yg jauh skit..
i saw the world under the sea..
wooohoo..
best wooo...
cantik sangat2!!
kalo ikutkan, ni x seberapa lagi..(bak kata kak as)
huhu..
lepas nie aku tambah bersemangat nak belajar berenang..
pastu aku nak amik lesen diving..
mesti lagi best kalo dpt diving nie..
alahai..
xpe2, at least hilang kempunan aku nak snorkeling..
hahaha...

petang dalam kul 6.30 mcm tu kitorang balik tempat penginapan.
mandi2 n siapkan diri..
pastu gi makan malam..
lepak2 kat games room..
pastu kita tido dulu!!
mimpi yg best2..
haha

2nd day (2nd August 2009)
pagi2 lagi dah bangun nak tgk sunrise..its so beautiful..
cantinye ciptaanMu ya Allah..
pastu sarapan..
hehe..
nie sempat lak aku mengonlinekan diri kat sini...
tapi gambar2 aku x dpt letak plak..
xpe, nti aku update...
tunggggguuuuuu!!!!
pasni plan nak ke Pulau Kapalai na snorkel lagi..
harap2 abg yg semalam ada lagi jd guard..
haha..

ohoo...kak as dah panggil aku..
diorang kat games room..
ok im coming!!!!

Tuesday, July 14, 2009

Bukan lupa tp bz banget~~

ini last week punya cherita..
disebabkan bz yang teramat + xda internet di umah,
so, baru la dpt upload cherita yang tergendala nie
huaaa..!!

anyway, last week g tgk movie lepas balik keja..
pegi ngan GingerGurl, mazie n andyRoland..
tgk cite Ice Age3..not too bad..but a lil bit bored jugak la..
ada scene yang x dapat tahan gelak..
bantai jak ketawa terbahak2..
pedulik apa aku ngan org..
hahaha!!!
wakaka!!!
kekekeke!!!
(gila sdh anak pacik hamid nie..~~)

(beli tiket time lunch hour..haha..)

enjoy juga la this movie..
hehehe..~~

sebelum gi tgk movie tu mcm besa la, gi isi perut luk..
makan fast food jak..
mcd..

aku dengar c azmat rindu mo mam mcd..
waahaha..!!
nie niat mo menjeleskan sebenarnya nie..hahaha..
di bawah nie gambar yang malas aku mo edit..
so aku tempekkan jak la..
=)


andy n atieabid

GingerGurl, mazie

lepas abis tgk movie tu, kitorang lepak d sadong minum2..
makan burger lagi..
adeh, tambah bunchet la aku nie..
huaaaa!!!

balik tu mo dekat kul 1 sdh..adeh..
last2 aku tido umah GingerGurl..
xnak aku balik umah, karang kena parang oleh abg..
huahuahua..
~~~

Tuesday, June 30, 2009

Transformers: Revenge Of The Fallen

Transformer: Revenge Of The Fallen


Lama sdh mo tgk citer nie..
tp xda kesempatan..
tiket asyik abis jak..
yg ada pun duduk di depan sekali..
oh nooo..
aku x rela membiarkan tengkukku sakit..
huhu..

semalam dapat jugak aku tgk citer nie
best2!!
mmg best..
rugi sapa2 yg x tgk..
---------------------------
malam semalam murada temankan aku tido..
abg n his family pegi cuti2 di kundasang..
punya siok diorang..
tinggalkan aku sorang2 di rumah..
mlm nie pun aku mintak dia temankan aku jugak..
hehe..

Monday, June 22, 2009

Berjalan di hujung minggu..

jenjalan hujung minggu dengan adik, Murada n Azrien..
just luangkan masa dengan adik sebab lepas nie dia dah kena pegi Keningau..
makan2 n lepaskan gian main bowling..
yeah!! masih menyengat rupanya aku..
muahaha...



siok2 main bowling, abg zul call bgtau tayar c MoOmoO pancit..
huhuhu...
apalah malang nasib..



sian c moOmoO...
naseb baek ada abg zul..kalo tak, abih la anak dara yang kena bukak tayar,..
hahha..

anyway, just enjoy my weekend with adik n my frens..

Thursday, June 18, 2009

Center Point KK terbakar..?? OooOO Tidak!!

Baca tajuk jak mmg dah cuak dah..
aku lagi la cuak..
aiseh..
pjg ceritanya..


Pendekkan...


ok2..
ceritanya begini..
semalam aku, epalejau, gingegulr & azrien gi lunch di CP..
epalejau sebenarnya x nak g CP..sebab dia kata dia ada banyak keja..
tp aku mo jugak pegi sebab mo beli barang skit..
so, oleh sebab aku yg bawak keta kan..aku bawak je la g CP..
huahuahua..

smpi kat CP tu kitorang parking kat tingkat 4..
gi makan kat Nelta..
dah makan tu, aku singgah kejap tingkat 2 mo beli barang Golden Horse..
lepas beli barang tu kitorang pun mo balik la..
so ingat mo naik lif..
ishhh..x jadilah..lambat sgt lif bukak nie..
hampeh jek..baik naik tangga jak..
so, kitorang pun naik la tangga..
smpi tgkt 4 tu, aku sempat lagi beli Roti peberet aku..

mo dijadikan cerita, kitorang kuar ikut pintu dekat ngan apple cafe tu..
masa lalu kat tepi pintu tu, tiba2 siren bunyi betul2 kat tepi telinga aku..
babs betul lah..tekejut aku..huhu..
pastu aku tgk org dah kuarkan paip dari stor kecemasan tu..

"eh..nie betul2 kebakaran ka atau latihan jak nie.."

bleh plak azrien tanya mcm tu..
haha...aku wat dek je lah..sebab aku pikir kitorang pun dah nak balik dah nie..
kitorang pun masuk lah keta n terus blah..

masya Allah punya jam di tempat bayar parking tu..
org ramai dah horn dah...kitorang dah start panic dah..
orang ramai dah kuar dr keta n turun kosongkan bangunan nie..

Azrien: "akak jom kita kuar..matikan enjin n tarik handbreak..kita kena kuar dr sini..."

Adik: "Keta aku camana..??"

Azrien: "Nyawa kita lagi penting had.."

aku dah panic dengar azrien ckp mcm tu..aku pun apa lagi..
matikan enjin, tarik handbreak, kuar n kunci pintu..

macik kat belakang keta kitorang dah dukung anak dia bawak lari kuar bangunan..
"palang tu x bleh kita patahkan jak ka..sempat lagi nie kalo kita suma kuar dr parking nie.."

aiseh macik..kalo ada tukul meh kita patahkan sesama..tp bila tgk org ramai dah tinggalkan keta masing2, kitorang pun x tunggu lg terus lari lintang pukang..
huuahua..

smpi kat bawah tu, asap dr tingkat 4 dah tebal dah..

cuak jugak..jangan jak bangunan nie runtuh..palis2..

bomba pun terpaksa turun padang mo padam api..

Rescue 999 n ambulance pun dtg sekali..


terowong bomba nak turunkan mangsa yg terperangkap di atas..huhu..
seb baik aku sempat turun..



Aduh!!! abisla keta aku...huhu..



ok..abang2 bomba nie dah abis padamkan api..
mangsa yg terperangkap pun dah berjaya turun..

syabas kepada bomba sebab berjaya padamkan api n selamatkan mangsa yang terperangkap kat atas tu...=)


yeahh!!!akhirnya selamat jugak kitorang naik balik..hehe..

hehehe...epalejau dengan senyuman penuh lebar bergambar dengan c kelisa..
lega bebbb!!hehehe..

dah dah..jom balek opiss...awak tau x sekang dah kul berapa..??3.30pm tau..
haha..seb baek dah call pn Norishah bagtau kitorang masuk lambat sebab terperangkap dlm kebakaran..
aiseh..bunyinya mcm ganaz jek...

on the way balik tu punya kecoh kitorang dlm keta..hahaha..
pengalaman pengalaman...

Monday, June 8, 2009

Hari berjalan sedunia..

Hari sabtu aritu ada plan cantik punya..
ingat mo pg tu Taman Buaya di Tuaran..
sekali macik aku yg paling paling paling teringin mo pg keja ot plak
adeh...staff kurang, so dia kena turun padang..
alahai..
so, cancel lagi plan mo pg sana..

last2 aku, adik n abg pegi jalan2 di CP..
mula2 tu jalan2 jak..
pastu pi tgk wayang..hahah..
Terminator Salvation..
walaupun citer nie sdh lama di pawagam,
tp baru nie la ada masa mo pg tgk wayang..
mmg best la citer nie..
x rugi tgk..

awak tau tak, saya teringat kat awak time tgk citer nie..sob sob..



lepas tgk wayang, kitorang shopping kejap..
hehe..
dah le tgh sengkek, sempat lagi pau abg aku beli baju..
wakaka..
alah, murah jak pun..

pastu pg makan..
lapar laa..
ada kupon dr petronas, so kitorang makan kfc..
petang dalam kul 6.30 mcm tu kitorang balik umah..
penat...






Arghhhhh!!!!
aku sakit kepala + lenguh2 1 badan..
adakah ini tandanya aku bakal2 demam..
menci menci menci..!!!

Wednesday, June 3, 2009

Trip to Mataking Island~

30 May baru2 nie aku ikut trip akak aku and the geng ke Pulau Mataking Semporna..
Pulau nie mmg cantek..
x menyesal lah pegi sana..
bg sapa2 yang x pernah pegi tu, boleh la list down kan Pulau Mataking nie salah 1 tempat yang korang mo pegi..
rugi kalo x pegi oo..

Aku sampai Kunak dr KK lebih kurang 4.30am..
bapak aku amik kat pekan..
sampai umah tu aku apa lagi, sambung tido la..
punya main ngantuk..

pagi2 dalam kul 6.30am tu mak aku dah kejut suruh mandi..
kena sampai semporna kul 8 konon..
so, aku nie pun dengan muka sengal pegi la mandi..
gerak dr kunak pun dlm kul 7.30am jugak la..
so, sah2 la kami sampai semporna tu lambat skit..
dlm kul 8.30 mcm tu jugak la kami sampai..
akak aku n pengarah hospital dah tunggu kat Seafest Cafe..
Pengarah pun bawak family dia sekali..

punyala aku ingat kitorang yang paling lambat,
rupanya ada 2 keta lagi x sampai..
1 dr tawau n satu lagi dri semporna..akak aku lee..
tunggu punya tunggu punya tunggu,
muka pun dah naik minyak dah..
dalam kul 10am jugak akak aku yg sorang lagi smpi..
so, dalam 10.30zm tu kitorang naik speed boat ke pulau tu..
ada yang kata perjalanan tu amik masa 3 jam.,
mak ai....punya lama..
naseb baik x mabuk laut..

dalam kul 12.30pm tu kitorang smpi..yeaaaa!! yahhoooo!!
alah, aku bukan nak mandi pun..
hahaa...
saja picnic kat bawah pokok tu...
cantik jugak la kawasan tu..mmg rugi sebab x mandi..
tapi aku malas nak mandi sebab family aku, abg tahir n anak2 dia jek yg mandi..
kakak2 aku suma tanak mandi..adik aku lagi laa..x bawak baju pun..bawak badan jek..

lepak lepak lepak..
dlm kul 4.30pm tu boat sewa dah sampai nak angkut kitorang suma balik..
waaaaa...mcm nak stay jek kat pulau nie..
hahahha...
bye2 Mataking Island..
ada jodoh kita jumpa lagi k..
hehe


Lihatlah kejadian ciptaan Allah s.w.t....Cantik kan..


aksi2 tido yang x melampau..wakaka..


Familyku sayang


Aku ngan adik..xda keja la nie..


aku dan diriku..

sampai umah tu akak aku beli ikan n sotong bakar n makan beramai2 kat umah dia..
waaaa!!!sodap hingga menjilat jari u...
hehehe..
malam tu jugak kitorang balik kunak..
sampai umah terus pengsan x sedar diri...
adios..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)