Monday, January 31, 2011

Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak - Ya Allah, selamatkan pelajar Malaysia di sana

Sure ramai kat luar sana yang peka tentang benda ni kan. bila terbaca status kawan-kawan di wall fb, tengok berita, baca blog orang, semua akan bercerita tentang krisis yang berlaku kat Mesir. opkos kat Mesir ramai Malaysian. student pun ya. dan mungkin ada yang bekerja.

Dalam hati memang nak sangat cari tau apa punca dan sebab musabab sampai jadi macam ni. so, carik kat pacik google. dan terjumpa satu blog krisisnasibrakyatkita. blog ni memang untuk update perkembangan terbaru yang berlaku kat sana.

sambil-sambil tu, aku blogwalking kat blog ariff dan terbaca entry terbaru dari ariff. so, walaupun ini mungkin tidak seberapa, tapi aku tetap nak sebar benda ni kat sini. dah dapat kebenaran pun dari Ariff untuk copy paste.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

okeh, ni betul-betul copy & paste dari blog ariff.

harapan dan doa aku, semoga kerajaan Malaysia akan ambik tindakan segera. dari apa yang aku baca, pelajar Malaysia sekarang akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat sementara nak terbang balik ke Malaysia.

tapi tu la, banyak pulak soksek-soksek pasal pelajar tajaan dan pelajar agama. kenapa mesti dipinggirkan pelajar yang bukan tajaan? kenapa mesti dipinggirkan pelajar agama? haihs. dalam darurat macam nie pun ada jugak timbul isu-isu macam nie.

bagi aku, yang penting semua pelajar kita akan selamat sampai ke Malaysia. tak kira la pelajar tajaan ke, pelajar private ke, pelajar agama ke, janji rakyat Malaysia jugak kan.

bila baca update-update pasal krisis ni, meremang bulu roma aku. ni belum aku ada sedara ke kengkawan ke kat sana.

Semoga Allah memelihara rakyat malaysia dan mereka yang tak berdosa. amin.

Saturday, January 29, 2011

My beloved teacher~

Malam ni seronok dapat sembang dengan ex-teacher aku. Sir Roslan Zairi. the only teacher yang masih sudi nak sembang dengan aku kat fb chat. the only teacher yang pernah follow blog lama aku. wah, kelas gitu. hehe. tapi sayang, blog tu dah lama aku delete. haish, citer lama tu. abaikan. sebab lepas tu sir kata betul-betul dah lost contact. dah taktau cerita. huhu.

Sir ajar aku BI. opkos la kan, dah aku panggil sir. dulu kalo kat sekolah, yang kita panggil sir tu musti la ajar BI. kan kan. dan pernah menjadi salah sorang murid kesayangan sir. haha. tak malu betul aku ngaku macam tu kan. alah, aku bukan perasan sendiri la. ni betul punya cerita.

paling tak bleh lupa besday Sir 16 May bersamaan ngan hari Guru. sesuai sangat la kan sir jadi guru. 2 in 1. dapat hadiah pun 2 sekali. besday present pun dapat. hari guru punya present pun dapat. walaaa.. punya best. dan yang paling best sebab besday aku 17 May. selang sehari je ngan besday sir.

aku pernah dapat besday present dari sir. dapat kamus ok. tapi kelakar sebab sir balut kamus tu dengan A4 paper je. & letak kamus tu kat dalam meja aku time rehat. kira surprise la gitu. hehehe. maunya tiap kali ada subject BI aku akan bawak kamus tu. tanda menghargai tu. pelajar lain takdenye dapat present macam aku. hahaha. dah la dapat kamus, dapat plak kad besday. dalam kad tu plak ada lagi duit RM10. walaaaa. rasa macam specialnye aku. wakaka. perasan tak habis anak pacik hamid nih. haha. ramai tu budak-budak lain jeles. aku tau. kikikiki.

sampai sekarang aku simpan kamus tu. kamus tu jugak yg berjasa pada aku kat College & UMS. asal pegang kamus tu mesti ingat sir. =)

masih jugak sir ingat aku rumah sukan raja udang bawah dia. eheh. siap pecah rekod lompat kijang lagi. lompat jauh pun dpt emas. sir ingat suma tu? waa. terharu nihh. haha. sejak dari ikut sukan tu la aku rapat dengan sir. sir baik. tak kedekut. boleh-boleh dia pi bagi budak-budak lain duit belanja. haish. budak-budak pun apa lagi, suka la tu. dok mengampu. tak macam aku pemalu. hihihih.

Tapi pernah sekali tu aku buat taik kat sir. rasa menyesal sangat-sangat-sangat-sangat. mulanya ingat nak buat sir rasa bangga dengan aku la konon. cit! buat sir kecewa adalah. aku ni nak kata nakal, ehm mungkin jugak kot. 1 hari masa exam tu, aku dapat jawapan bocor. ntah dari mana la kawan-kawan aku dapat benda tu. mula-mula tu memang tak tengok jawapan pun. buat dengan usaha aku sendiri. walaupun aku ni tak pandai BI, aku nak jugak cuba atas usaha aku sendiri kan. cewah. sekali ntah apa yg hasut aku, 1 1 aku tukar jawapan ikut jawapan bocor aku tu. haih!

orang kata, sepandai-pandai tupai melompat kan. last-last kantoi jugak dengan sir. punya la menyesal. tak terampun rasanya dosa yang aku buat. rasa nak melutut je kat kaki sir. sir punya main kecewa dengan aku. dengan kawan-kawan yang lain. huhu. nangis air mata darah pun tak dapat kembalikan kepercayaan tu balik. seminggu sir wat aku & kengkawan yg terlibat tak wujud dalam kelas tu. huhu. sedihnya tuhan je yang tau.

tapi alhamdulillah, sebab sir sudi maafkan aku dan kengkawan. sir tak laporkan pun pada pengetua. see, kan aku cakap sir aku baik. =) thanks sangat-sangat kat sir. sayang sir. ^__^

lepas tu memang tobat tak wat hal dah. huhu.

Sir Roslan baju hitam, cikgu Amin baju putih.
sir pakai spek tu sebab mata sir dah merah la tu. sedih kot nak pisah ngan kengkawan. huhu

Gambar ni colek dari FB sir. hehe. credit to sir. gambar pun klasik giler. haha ni rasanya gambar sir dah nak gi airport. last day kot kat sekolah. time sir nak benti tu, aku dah masuk kolej dah. tapi aku ikut hantar sir kat airport. punya ramai yang hantar sir. ntah ada berapa keta konvoi. ngalahkan vip gitu. cayalah sir. walaupun dulunya sir ni dikenali sebagai guru disiplin paling jahat, tapi sir tetap ramai yang sayang. sebab sir sebenarnya baik. cuma jalankan tugas je. budak-budak sekolah kan nakal-nakal. sekali kena penampar sir, fuh!!!!!!!! melayang wooooo! naseb baik aku tak pernah kena. haha. kan aku dak baik. kan sir kan. ^__^

p/s: small reunion at Pangkor this coming May. yay! insya Allah. tiket flight pun sdh ready. ehhehe.

Thursday, January 27, 2011

Tentang Perasaanku~

aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu

ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu
ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap
akan tetap menunggumu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)