Wednesday, August 25, 2010

Kempen 1 blog 1 bendera

Rasa terpanggil utk menyahut seruan Kempen 1 Blog 1 Bendera. mula2 tu mmg nak wat entry pasal bulan kemerdekaan. tp td bila sedang berblogwalking n terbaca entry dr zilhan terus sign in dan post entry nie. hehe.


aku bangga jd anak Malaysia. aku bangga dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. saya anak Malaysia!

so, mari la kita beramai2 menjayakan kempen nie. n di bawah nie bendera2 utk korang letak kat blog korang.






Selamat hari kemerdekaan yang ke 53..

p/s: teringat masa aku ikut perarakan rakyat bersepadu kat Dataran Merdeka n Putrajaya. walaupun penat tp best..!

Tuesday, August 24, 2010

Aowa yang gampang!

Cantekkan barangan Aowa nie..teringat aku iklan kat tv pompuan siap baring² atas dapur nie..
pergh!!! cayalah..

Aowa Induction Cooker

Lebih kurang tahun 2004 ke 2006 akak aku beli jenama nie..so bila rumah dia siap, dia pun guna la induction cooker nie. dah jarang pakai guna dapur gas tu ha..so, tong gas letak kat luar rumah jek. sebab jarang guna.

Hari isnin minggu lepas, kitorang dapat call dr jiran rumah akak. diroang cakap asap keluar dr penyedut asap tu. hitam berkepul² lagi tu ha. kitorang suma pun panic la. ke akak aku x padam dapur sebelum g keja.? call akak, suruh dia balik rumah kejap. tgk apa kejadian. smpi rumah tu akak kata bomba pun dah sampai. sekali masuk je rumah, xda nampak apa dah. yang ada asap je 1 rumah.

sekali tgk kat dapur, jeng jeng jeng !!!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

habis induction cooker nie hangus. tp yang peliknya sebab periuk atas cooker nie x plak hangus. air dlm periuk tu pun maintain je kat situ. akak ckp dia x masak apa pun subuh lepas sahur tu. tak xtau camana bleh jd mcm nie. camana benda nie leh terbakar. nasib baik tong gas kat luar rumah, kalo kat dalam x he haru kalo meletop? mintak dijauhkan la...huhu..


Nie dari pandangan jauh. habis suma dinding hitam. nak sental nie smpi anak buah aku buka posa. huh! penat woo. lantai jangan ckp la. berus tapak kaki tu pun x hilang jugak. mungkin berkesan kalo guna clorox. haha..

So! lu pikir la sendiri Nabil..
nak beli
tanak
nak beli
tanak
nak beli
tanak.

tanak la...bak kata kawan aku, baik aku pakai kompor minyak gasolin. kui kui kui..lepas tu hitam lubang hidung.

p/s: hati². sekarang nie lagi nak dekar raya. mcm² hal jd.

Saturday, August 21, 2010

Pendaftaran Netbook 1 Malaysia percuma~ 2nd Day~

x habis lagi cerita pasal netbook free..meh kita sambung plak.

Last day registration xda la sesibuk 1st day. mana tidaknya, mlm tu gila² buat benteng. takut kejadian mcm 1st day berulang kembali.

tgk la tembok besar cina ni. hahah



so, idea farah nak wat mcm kat ums dulu. anjakan zig zag. ok jgk la. berkesan jgk. sebab x ramai sgt orang. sesi petang sikit baru la ramai yg dtg dr SMK Madai.


ni la muka² yang bakal² dapat netbook free. best kan diorang.

ok. banyak suara² yang bising. ada yang x puas hati sebab anak dia x dpt. ada yang x puas hati kononnya adik beradik dapat. ada yang x puas hati sebab anak orang kaya dapat. actually, bukan kami yang sediakan list name. even aku sendiri x puas hati sebab ramai member PJK aku tercicir namanya. sedih jugak la sebab diorang yang rajin datang tempat aku. diorang yang support aku selama nie. tp diorang plak yang x dpt. bila diorang datang PJK n tanya aku, knp nama diorang xda dalam list, tgk muka dia sedih aku pun ikut sedih. aku pun ikut kecewa. apa lagi yang aku boleh bgtau. tu suma diluar kuasa aku. bukan aku yang pilih.

Tp bg mereka² yang terpilih namanya ada jugak yang x puas hati. x reti nak bersyukur. dah kerajaan bg netbook percuma masih banyak soksek sana soksek sini. konon knp perlu bayar bulan² plak. adeh, kan dalam borang akuan tu semua dah tertulis. dah suruh baca elok² dah pun sebelum sign. konon kalo percuma x perlula bayar bulan².

ehm ni la manusia. nak benda free jek memanjang. netbook tu mmg la free. yang kena bayar tu untuk wi-fi. internet. bukan mahal pun. 11 ringgit je pun. aduh. drpada anak dia hari² guna pc, sehari smpi 3 4 jam, kan lagi bagus dia guna wireless pakai netbook tu. adeh, mentality sot betul la.

Yang sedihnya bila ada cikgu² yang kata netbook ni hanya akan melalaikan pelajar. nti diorang asyik main game je, studynye x. ehm. pada aku, itu depends dengan time management pelajar itu sendiri. jangan cuba nak salahkan kerajaan dengan sumbangan yang pada aku sangat la bermakna untuk pelajar. lagi² mereka yang berpendapatan rendah. jangan hanya pandang kegunaan netbook nie pada sudut yang negatif tp pandangla pada sudut yang positif. zaman aku sekolah dulu, mana nak jumpa netbook nie segala. pc pun susah nak jumpa. sapa yang ada tu mmg kira advance sgt la. internet pun bg aku asing lagi masa tu. seingat aku, aku berjinak² dengan internet masa tahun 2000. masa tu aku form 5. skng nie budak sekolah tadika pun dah tau nak guna internet. mcm² diorang boleh carik di internet. cuba la bg semangat sikit dengan pelajar². diorang kan guru. pembimbing la katakan. kalo cikgu sendiri dah ckp yng bukan², apatah lagi ibubapa yang sekolahnya hanya smpi darjah 6?

see? kan aku dah cakap awal² td, masih ramai yang x bersyukur. hmmmm..

ni baru pendaftaran, belum distribute netbook lagi. dah mcm² hal. harap2 lepas nie suma berjalan lancar je la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)