Saturday, November 15, 2014

Kegilaan shopping online datang kembali.

Assalamualaikum.

Kegilaan shopping online datang kembali. Hoho. Rasa cam bedegup degup jantung nie bila zalora dan nile buat sale sempena 11.11.14 nie. Banyak item dengan harga RM11 je. Bolat gak la bijik mata. Nak-nak lagi duit dalam bank masih ada untuk transfer online. Lagi lah kegilaan tu menyentak tangkai hati. Dan akhirnya aku tewas. 

Barang-barang hasil shopping. :)
Maklum la sejak dah ada baby ni, susah sangat nak kuar shopping. pegi review doktor pun, lepas tu mesti balik. sebab dah rindu ngan baby. so memang takde lah aku nak kuar shopping macam zaman aku bujang dulu. sekali sekala shopping online ni dapat gak mereleasekan tension ni. bukan tension apa, tapi tension keja. T_T

ala, ada sale kan. balun je la. untuk semua item kat atas tu hanya RM107.79 je. include postage ke sabah. maklum la, postage ke sabah je yang selalunya mahal. huhu

kat Zalora, aku beli T-Shirt dan suar dalam suami. hehehe.shopping untuk suami jugak tau. bukan untuk diri sendiri jek. dan jam tangan kaler hitam pink. hihi. comey.

kat nile.com.my plak aku beli baju untuk aku 2 pasang. suami kan selalu tegur baju aku sempit la, sendat la. so kali ni beli baju yang ala-ala muslimah gitu. biar suami tengok pun sejuk hati. kan nak jadi bini solehah. haha.

oh ya, dan kemarin ada gak aku shopping kat Pearl Harbour Fasion. gila sale eh. untuk sepasang blouse dan skirt hanya RM15??? mana tak buntang bijik mata aku. haha. pun balun gak shopping kat situ. kualiti kain kat sini aku tak berapa pasti sebab barang mungkin sampai next week. tapi memang berbaloi la shopping kat sini. highly recommended! ngeee..

dah atieabid. dah. lepas ni nak beli susu ammaar lagi tau, pampers pun dah nak habis dah tu. hoihhh..

 kegilaan tu sambung ke lain tahun plak ye. :)

Thursday, November 13, 2014

1st GiveAway By Anamizu




Assalamualaikum.

Lama tak join GA. Dan tak pernah menang pun kalo join. hee..bukan rezeki.
so kalini nak join 1st GA dari Cik Ana. senang je nak join. ikut je syarat-syarat yang cik Ana bagi tu.

SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com) - Done. lama dah. haha
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni. - Done!
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA. -Jap lagi. nak siapkan entry dulu..Done!
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni. - Done!
5.Done. Senang je kan? - Memang senang..hehehe
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. - Sempat lagi nie...:P 

So, done sema syarat. :)

tinggal nak tempek link je kat ruangan komen cik Ana.
Tahniah Cik Ana sebab berjaya buat 1st GA dengan jayanya.. hehe..

Friday, October 31, 2014

Manjakan anak? Tak salah kan.

Assalamualaikum.

Ammaar manja. sekarang sudah pandai merengek-rengek manja. bukan ada airmata pun. ceh, saja mintak perhatian kan baby Ammaar ni. :)

It's ok sayang. biasalah baby mintak manja-manja. nangis-nangis manja. rengek-rengek manja. bila dipikir balik, baby membesar dengan cepat. tak terasa Ammaar dah nak masuk 5 bulan. see. tak rasa kan. cam baru je rasa kena potong sebab nak kuarkan. cam baru je Ammaar menyusu badan. cam baru je rasa Ammaar baby-baby. eh memang masih baby pon. :) hitung punya hitung Ammaar dah nak masuk 5 bulan dah. 

Bukan dasar nak manjakan anak, tapi kalau boleh aku nak rasa setiap moment pembesaran Ammaar. esok bila Ammaar dah besar, mesti rindu zaman dia kecik-kecik kan. so, sebolehnya aku tanak merungut dengan pe'el Ammaar. Ammaar jenis tidur gundah. malam-malam selalu merengek. sejam sejam dia akan gundah. sua susu pun dia tanak. kadang gundah sampai nangis. kadang tak tahu dia nak apa sebenarnya. dalam ngantuk-ngantuk tu, sebolehnya aku layan dan pujuk Ammaar sampai dia tidur balik. 

Ammaar main ba-ba-cak ngan ayah dia. :)
tadi masa bw, singgah blog Nameeroslan. dia ada buat post pasal Clingy baby Adam. betul la kata Namee. dia rasa worth sangat dengan layanan yang dia beri kat baby long Adam. sebab baby cepat membesar.

so memang itu pun yang aku rasa selama nie. puas hati. cuma aku belum boleh berhenti kerja untuk tumpukan sepenuh perhatian untuk Ammaar. aku masih perlu kerja. kadang-kadang rasa rugi masa aku sebab tak dapat jaga Ammaar time keja. sebab tu bila balik rumah, sebolehnya nak luangkan masa dengan Ammaar je. dia tidur pun nak tatap je wajah mulus dia. kalo boleh tanak berenggang pun dengan Ammaar. nak-nak waktu cuti, memang habiskan masa dengan Ammaar je la. but what to do. ibu no choice sayang. ibu masih perlu kerja. :(

cuma nak anak ibu tau, ibu sayang Ammaar. sayang tak bertepi. sayang sangat. semoga Ammaar membesar jadi anak yang baik dan soleh ya sayang. :) amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)