Friday, August 15, 2014

Apsal kejam sangat jadi manusia?

Assalamualaikum..

Tadi bukak fb cam biasa. scroll down scroll up. itu la makanan pagi-pagi kat opis. sentap bila nampak kawan shared gambar baby dalam longkang. Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berilah hidayah kepada adik-adik remaja kat luar sana Ya Allah. cukupla buat dosa. jangan ditambah dengan membunuh. 

dulu, sebelum aku ada anak sendiri, memang sedih jugak bila nampak gambar-gambar baby kena buang. sedih sangat hati tengok baby yang sudah tak bernyawa. tapi sejak dah ada anak ni, rasa sedih tu tak boleh nak kata dah. memang mengalir la airmata tiap kali nampak sekujur tubuh kecik yang tidak berdosa menjadi mangsa mak bapak sendiri. 

terbayangkan 9 bulan baby dalam perut. terbayangkan sakitnya contraction. terbayangkan saat-saat dalam dewan bedah. terbayangkan pertama kali tatap wajah anak sendiri. terbayangkan pertama kali dapat dukung tubuh kecil mungil. Ya Allah, hilang segala kesakitan. syukur atas nikmat yang diberi. 

tapi kenapa ada ibu-ibu di luar sana begitu tega membunuh anak sendiri? di mana hilangnya kewarasan saat tubuh kecil itu dicampak ke dalam longkang? tiadakah secebis kasih sayang untuk anak kecil tu? tiadakah belas kasihan? mesti baby sakit, mesti baby sejuk dengan tidak berbaju dibuang di dalam longkang berair. Ya Allah, betapa menderitanya anak kecil itu. anak aku yang nangis sebab lapar masa susu aku 5 hari tak keluar pun aku dah tak sanggup nak dengar. aku tak sanggup nak tengok anak aku nangis sebab sejuk lepas habis mandi. cepat-cepat pakaikan baju. macam mana diorang boleh keringkan hati pada anak sendiri?  

tak sanggup nak letak gambar-gambar baby yang tak berdosa tu dalam entry ni. tak sanggup. 

Ya Allah, tempatkan la bidadari bidadari itu di syurgaMu Ya Allah. 

Tuesday, August 12, 2014

Setahun sudah + Sudah dua bulan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah ya Allah. Semalam 11 Ogos genap setahun aku jadi bini orang. pejam celik pejam celik ja rasa. eh eh, dah setahun dah. dah jadi mak orang dah pun. 

setahun sudah. 
atau patut kata baru setahun? hehe. syukur la. dalam setahun ni banyak benda nak kena perbaiki. aku sebagai isteri ni kadang-kadang agak panas baran. kena ubah tang tu. syukur dapat suami agak sabar dengan bini dia. kalo dapat suami pun panas baran, aku rasa aku akan jadi biniku gangster agaknya. nauzubillah.

-----

10 Ogos baru-baru ni plak, Ammaar Hurairah dah masuk 2 bulan. Besar sudah anak ibu. alhamdulillah. membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya wahai anakku. 
Ammaar Hurairah Bin Sudirman.
botak bukan sebarang botak tau.
rindu sangat ngan anak sorang ni. tadi bawak Ammaar gi klinik. kena suntik untuk 2 bulan. kat paha. meraung jugak anak aku ni. sian dia. nurse cakap suntik kali ni boleh buat baby demam. so kena bagi ubat demam. ehm, jangan la Ammaar kena demam teruk ya sayang. 

-----

01 Ogos lepas, adik aku epalejau dah tamatkan zaman bujang. alhamdulillah. dah jadi bini orang dah adik aku. lepas ni kena belajar masak la ya. hihi.
Azlan + Hadra.
cinta si pengakapwan dan pengakapwati.
Selamat pengantin baru adikku sayang. the only adik yang aku ada. semoga jadi isteri yang solehah dan bakal ibu mithali. bagi Ammaar adik cepat-cepat ya. nak harap aku yang bagi, lambat sikit la. huhu. 

Anak-anak pacik Hamid dan macik Asiah semua dah kawen. alhamdulillah. lepas ni kena tunggu turn anak buah plak. 

--
until we meet agaiin. ceh. ayat. ni sebab jarang dapat update. mihmih.

Wednesday, July 9, 2014

.Pengarang Jantung Hati Ibu & Ayah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ya Allah. Genap sebulan Ammaar Hurairah jadi penyeri hidup ayah dan ibu. syukur yang tidak terhingga.

dalam sebulan sudah rasa jadi ibu. perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. betul la kata mak, bila kamu dah beranak esok, baru kamu faham perasaan seorang ibu. yup. emak betul. kita sanggup bergadai nyawa demi anak. sanggup tahan sakit demi anak. sanggup tak cukup tidur demi anak. semuanya demi seorang bocah kecil bernama Ammaar Hurairah. 

Ammaar Hurairah.10 Jun 2014. The journey of yours begin here sayang.
Due date 9hb Jun. subuh tu dah start baby mengejang dalam perut. memang tak bleh nak tidur. asyik terjaga ja. tak selesa. pusing kiri salah. pusing kanan salah. melentang lagi la rasa senaknya. selang setengah jam mesti rasa mengejang. tapi belum rasa contraction. pukul 5 petang time nak mandi tu, nampak darah keluar. cepat-cepat suruh adik bawak gi sepital. dalam hati, ok dah dekat nak bersalin dah ni. terus call suami mintak dia balik cepat. huhu. i need u dear..

Pengalaman pertama masuk hospital. terus ke dewan bersalin. Ya Allah, perasaan takut ada. tak sabar pun ada. takut sebab yelah, tak penah kan. ni anak pertama. tak sabar bila dah start sakit-sakit. tak sabar nak jumpa ngan baby.

Hari tu aku rasa aku jadi bahan ujikaji. semua nurse nak cucuk nak cek jalan dan berapa cm. hoh. tahan saja la wahai hati.

Pukul 7pm tu kena tolak masuk wad. kena tunggu lagi sebab laluan belum bukak. okeh, silap pertama aku bila doktor suruh minum air sebab nampak aku dah pucat. aku lak pi bantai air selusuh yang suami buat. start dari situ, sakit contraction pun menyerang. aku mana la tau itu adalah punca dan sebab musabab aku kena contraction awal sedangkan baby belum nak kuar. nurse kata kepala baby belum kat pintu. so sepanjang malam tu, aku contraction. setiap 5 minit contraction. tapi laluan masih tak bukak lagi. tak boleh nak tidur. sebab asyik sakit je. :(

dekat 14 jam jugak aku rasa contraction tu. tapi bila nurse cek, laluan baru 2cm. :( kepala baby pun takde tanda-tanda nak masuk pintu. haish. last sekali bila nurse cek laluan, air ketuban pecah. dan rupanya baby dah berak dalam dah. nak tak nak, kena wat operation jugak. dan syukur alhamdulillah sebab tak perlu kena hantar ke hospital tawau untuk bedah. sebab haritu doktor pakar memang turun Kunak untuk buat pembedahan kat Kunak. dan nama aku sebenarnya takde dalam list bedah pun untuk haritu. tapi disebabkan aku dah pecah air dan baby pun dah berak dalam tu, so aku adalah orang pertama yang kena tolak masuk dewan bedah.

tak pernah terpikir pun akan kena bedah. sebab kalo boleh nak la beranak normal kan. tapi semua ni ketentuan Allah S.W.T. yang penting baby dan aku sihat alhamdulillah.

sepanjang-panjang kena bedah tu, aku rasa aku tak sedar diri sebab tertidur kot. mana taknya, aku dah dekat 2 malam tak tidur lena kan. ni bila dah kena bius, dah tak rasa sakit langsung, apa lagi tetido dengan nyenyak la. hihi.

nurse kejutkan aku dan tunjuk baby. Ya Allah, perasaan aku masa tu taktau la nak cakap camana. dia bagi aku kiss baby. tak sedar airmata aku mengalir. Ya Allah anak aku. T_T. hilang semua sakit. nak dukung baby! tak sabar..

Hadiah termahal dan terindah untuk tahun ni. baby Ammaar Hurairah Bin Sudirman. :)

anak, jadi anak yang soleh ya sayang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)