Monday, January 9, 2012

Raikan arwah??

tak paham la aku dengan adat-adat orang tua-tua ni. menyusahkan orang betul. arwah pun nak kena rai mengalahkan nak buat kenduri majlis kahwin. betul. aku sangat tak faham.

kalo nak kata diorang jahil sekalipun, aku rasa tak salah. sebab memang tu je la ayat yang paling sesuai nak ucap. ni adalah adat satu suku kaum kat Semporna Sabah. 

bila ada satu-satu kematian dalam family, benda tu hanya akan menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup. mana taknya kalo kena buat benda-benda pelik yang orang lain tak buat. dan tak akan buat. bila dengar pun rasa macam nak bagi ceramah free je kat diorang. 

Adat bila nak buat kenduri arwah:-

1. Kena bagi cincin emas dengan orang yang mandikan jenazah - (perlu ke? bukan tu dah jadi tanggungjawab ke nak mandikan jenazah? harga emas skng ni bukan murah. nak-nak dekat RM2k juga sebijik emas tu. kalo macam tu, berebut la orang nak mandikan jenazah. tapi cara-cara tu ntah betul ntah tidak)

2. Kena jamu tetamu dengan makanan mengalahkan kenduri kawin. 

3. Kena bagi duit atau saguhati kat orang kampung yang datang bertandang. kalo tak bagi, nanti orang kampung akan mengata. dan sekurang-kurangnya yang bernilai RM10.  (kalo datang 400 orang???? RM10x400 = RM4000. waaa! kalo macam tu suma orang nak datang bertandang. kalo datang tu baca yasin ke apa, x pe la jugak. kalo setakat datang nak makan free dan mengumpat pot-pet sana sini, pun tetap tak akan pulang dengan tangan kosong. selalunya diorang akan bagi kain pelekat atau kaun batik. tak pun, akan bagi rm10 untuk sorang tetamu. BAYANGKAN LAH!!! 

RM2000 (cincin emas) + rm4000 (saguhati bagi kat tetamu) + RM1000 (jamuan makan) = RM7000

gila ka apa nak buat kenduri arwah nak pakai duit kalahkan nak kawin. bukan ka benda ni hanya menyusahkan ahli-ahli keluarga yang tinggal tu? kalo kaya raya banyak duit takpe la jugak. kalo gaji pun kais pagi makan sebulan, mana nak cekau duit banyak tu? hanya sebab nak puaskan hati orang kampung? sampaikan ada yang sanggup bergadai sebab nak buat jugak adat macam tu.

yang anak-anak pun turutkan sangat adat bengong tu. kalo aku la, pedulik hapa orang kampung nak cakap apa. ko nak datang, datang. tak nak datang sudah.  patutnya orang bertandang tu yang bagi derma kat kuarga arwah. yelah, dah la kehilangan anak, kira ditimpa musibah, tambah plak beban nak bagi makan, nak bagi saguhati bagai. banyak cantik muka ko!

kalo macam tu, kena maklumkan la kat anak-anak suma, jangan lupa buat simpanan at least RM10k sebab kalo mati esok, takdelah menyusahkan kuarga yang tinggal. hush! yang orang tua tu pun jangan lupa buat simpanan sama. so esok anak-anak takde lah sampai begadai sebab nak puaskan hati orang kampung. 

sampai bila la adat macam ni nak diteruskan. harap-harap ada la yang sedar. tak perlua susahkan diri sendiri. tak perlu nak berabis beribu-ribu hanya nak RAI kan arwah. ni kenduri arwah, bukan kenduri kawin. tak paham betul la aku. 




Saturday, January 7, 2012

Allah lebih sayangkan kamu~

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan kamu. Ujian itu rahsia Allah. Allah tidak sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. damailah kamu di sana bersama bidadari syurga. amin.

Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru 2012

belum terlambat rasanya nak wish happy new year. tak rasa pun dah masuk tahun baru. 1.1.2012 pegi sandakan penuhi jemputan cik Diana. eh silap. puan Diana & suami @ Sabah Hotel. kawin grand gitu! punya jauh aku g tengok orang kawin. ingat lagi pegi sandakan last 2 month masa Lyn kawin gak. 12.11.11. pastu 20.12.12 ada CBC Award kat Sabah Hotel Sandakan jugak. laa ni Diana kawin plak. punya jarang pegi Sandakan. sekali dapat pegi, 3 kali beturut-turut engko haa..

gerak balik kunak pagi tadi. hujan tak henti-henti. jalan licin. banyak kawasan dah naik air. banjir. sampai 1 kawasan, air kat kiri kanan dah bertembung. jalan dah tenggelam. takut sangkut dalam banjir. tapi alhamdulillah selamat jugak redah banjir tu. 

banyak kereta excident. laju kot. tak pun terlampau rapat. ehm. sampai 1 kawasan, air sungai deras kiri kanan. jalan lurus je. nampak ada bomba. orang kiri kanan tunjuk-tunjuk sungai. ingatkan ada keta excident. tapi tak nampak macam ada kesan bekas excident plak. oh, mungkin ada orang lemas kot. siap ada bomba lagi datang cari. 

dalam kul 6pm macam tu kak anna call aku bagitau adik ipar dia meninggal dunia. kabar angin yang didengar, keta yang adik ipar dia bawak tu excident masa otw nak balik sandakan. terkejut. terkilan. otak sampai tak mampu nak berpikir. tapi tadi dapat berita sahih, bomba yang kami jumpa tepi jalan tadi tu tengah cari keta adik ipar kak anna yang terbabas masuk dalam sungai.  Ya Allah. jadi rupanya keta yang masuk sungai tadi. air deras sangat. mangsa dijumpa pun lepas keta tu terapung. mayat suma di bawak ke hospital LD untuk pengacaman identiti. 6 orang termasuk 3 orang baby rupanya. pihak bomba yang call ahli kuarga. yang sedih sangat sebab sorang bayi baru lahir belum dijumpa. :( Ya Allah, permudahkan la pencarian bayi tu. 

sumber: metro

baru jak call kak anna. mayat dibawa ke kampung d pulau bum-bum semporna untuk urusan jenazah. Al-fatihah..moga roh mereka dicucuri rahmat. amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)