Thursday, March 17, 2011

Andainya kau tahu~

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

P/s: untuk kamu c chenta hatiku~

Sunday, March 13, 2011

Is that u my chenta?

Is that u my chenta??

u know what? it just like u threw me away from ur life. why not u just tell me that u never need me anymore? atau lebih tepat, sudah tiada cinta di hati. kan lagi senang. tak perlu sembunyi macam ni. tak perlu terlari-lari macam ni. tak perlu menghindar sampai macam ni sekali.

kamu tau tak, sakit sangat bila dapat tau kebenaran yang kamu menghindar dengan cara begini. dengan aku, kamu seolah tidak pernah berubah apapun. seolah kamu masih macam kamu yang dulu. seolah sayang kamu tidak pernah berubah. seolah aku masih lagi segalanya. segala-galanya berjalan seperti biasa. seperti tiada yang berubah. dan aku tidak pernah mengesyaki apa-apa. ah, bodohnya aku. butanya mata. pekaknya telinga.



tapi dibelakang aku? kamu seolah membuang aku jauh dari hidup kamu. kamu gembira dengan hidup kamu tanpa aku. tanpa gangguan dari aku mungkin. itu yang sebenarnya bukan?

selama ni, semua alasan kamu aku terima bulat-bulat. tanpa sebarang sangsi. kerana aku mengharap jujur kamu. sehingga ke hari ini pun, aku susah untuk terima hakikat.

kecewa aku hanya tuhan yang tau. mungkin tuhan nak bukakan mata aku yang selama ini aku selalu butakan. telinga yang selalu aku pekakkan. hanya sekadar untuk menjaga hati sendiri dari terus terluka. tapi akhirnya, terluka juga.

bangkitla wahai atie. sedarla dari mimpi. kau tidak diperlukan lagi. kau hanya mainan. semua ini hanya sandiwara. bangkitla, teruskan hidupmu. semuanya sudah terbukti. kau tidak perlukan sebarang penjelasan pun. sebab dengan segala penjelasan itu, kau akan lebih terluka.

dear chenta. mungkin ini yang terbaik. kamu tidak perlukan aku lagi kan. dan kini, aku ingin mengundur diri. kamu tidak perlu bersusah payah menghindar begini lagi.

nasihat aku, berterus terangla andainya tiada lagi sayang di hati. jangan digantung hati ini tanpa tali. tanpa pasti. sakitnya hanya Allah yang mengetahui.

Friday, March 4, 2011

Follower yang ke 100~

Waaa~ tak sangka follower sudah mencecah 3 digit. follower sudah sampai 100. nice number. Thanks kepada yang sudi follow. walaupun kadang-kadang tu ada yang main follow je tanpa baca pun entry. lepas tu memang tak singgah pun lagi blog nie. yelah, blog picisan la katakan. ahahaha. tak kesah sebenarnya. =)


mula² aku pernah cakap dengan epalejau yang aku taknak letak follower widget kat dalam blog aku. sebab takut takde yang sudi nak follow. memang lama jugak la tak letak widget nih. tapi tiba² rasa nak cabar diri sendiri. wahhh ayat!! haha. orang letak, aku pun nak letak. tapi tu la. berkurun jugak nak tunggu follower bertambah. sebab aku jarang promote blog. mungkin 1 disebabkan komitmen yang tak seberapa. entry pon setahun sekali nak update. kadang berhabuk kat dalam draft entry yang tak siap.

kepada yang sudi baca, thanks ya..=) aku hargai sangat². ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)