Saturday, August 21, 2010

Pendaftaran Netbook 1 Malaysia percuma~ 1st Day~

Tahniah kepada pelajar² yang namanya tersenarai dalam list penerima netbook 1 Malaysia percuma dr SKMM dengan kerjasama Celcom n kami pihak PJK hanya membantu mengedarkan sahaja. Glad to c they happy and very excited masa registration aritu. tp jujur cakap la, aku bagai nak mati handle kaunter 4 masa tu. smpi skng nie kalo aku terimbas balik hari tu, rasa nak termuntah pun ada..lagi² 1st day registration.

Kelayakan apa yang diperlukan untuk dapatkan netbook 1 Malaysia percuma nie?
  • Pelajar sekolah menengah - sebab pelajar sek menengah dah besar sikit kot n tau camana nak jaga netbook.
  • pendapatan isi rumah kurang dr 3k - ini untuk membantu mereka² yang berpendapatan rendah.
So, sehari sebelum tu, kitorang masuk dewan dan susun atur apa yg patut. nasib baik ada Mr Yasin n pren selaku sukarelawan PJK pekan kunak bantu kitorang. kalo x, smpi ke petang pun kami siap lagi. huhu.

Pendaftaran dibuat di Dewan Besar Kunak. Hari pertama tu mmg dewan penuh gila. dah la panas. aircon x pasang. kipas plak banyak x berfungsi. adeh. bulan² posa mcm nie lagi la tergugat iman n mencabar mental fizikal. dengan pelajar² yang x paham arahan, mmg mengecewakan. mmg la aku x nafikan sambutan diorang sangat menggalakkan. tp kalo arahan sesimple "tolong berbaris", "lengkapkan borang kamu sebelum hantar ke kaunter" pun masih susah utk dipatuhi, ehm aku rasa baik aku bg arahan dengan budak tadika jek.


ni la kerusi yg siap di susun. tp susunan ni dah bertukar rupa bila semua orang dibenarkan masuk dewan. aduh.


tgk la betapa ibu bapa pun sibuk nak berbaris. kan bagus kalo makcik pakcik duduk kat tempat yang disediakan tu daripada penat² berebut berhimpit berasak tu. dah la pelajar ramai, ditambah dengan mak bapak lagi, tambah la crowded kaunter tu haa. sian kat pegawai dr SKMM kena asak dengan pelajar yg x reti nak berbaris elok². Mr Yusrizal dengan segaknya jd bonzer. tau plak diorang kecut perut. hak hak hak.


ehm, kan nama dah ada dlm list. bukan lari pun kaunter tu. lain la kalo 1st come 1st serve, bak kata Mr Yus, dia dulu yng melompat. hahah..kelakar Mr Yus nie.


jujur ckp la, aku mmg kagum ngan semangat diorang nie. tp yg x bestnya bila part ada yg mempertikaikan. ehm, itu nti kita citer kat bawah.


tgk la. kesian kat kitorang. xda plak amik gambar yg masa last2 tu. time tu lagi kick. ada plak yg berbaris kat belakang aku. aku yg kat tengah tu ha. budak² lelaki dengan mcm² bau ada, suma dok hulur borang diorang kat muka aku yg comel loteh nie. mmg jenis x paham bahasa.

Pendaftaran harini habis pada pukul 6pm. buka posa kul 6.20pm. best kan. balik² rumah terus buka posa. rasa mcm nak pitam pun ada. lepas buka posa, solat maghrib jap, pg dewan balik. kemas n susun balik dewan yang rupa susah utk aku gambarkan. kemas punya kemas, lepak punya lepak, habis kul 10pm. balik rumah terus terbongkang. wahaha..


Wednesday, August 11, 2010

Tragedi Kudat-Pulau Banggi

"trying to adjust the different life for this season without the loveeed ones~~~~"

terbaca status seorang kawan aku kat FB. mesti korang ingat ngan Tragedi bot karam di Kudat-Pulau Banggi November 2009. Ya, belum pun genap setahun.



tiba-tiba aku rasa sebak. tiba-tiba aku teringatkan kawan aku. teringat berita nie kat tv tahun lepas. time raya haji. tp masa tu aku belum kenal lagi dgn kawan aku nie. aku kenal dia masa aku praktikal GEMS program kat TMPOINT Tg.Aru. orngnya comel dan baik hati. mulanya aku xtau pun dia adalah antara mereka2 yang terselamat dr tragedi bot karam kudat-banggi tu. last2 dpt tau dr ofismate jugak. terkedu bila dengar cerita akak tu. yelah, rupanya kawan aku yang kecil molek tu punya sejarah hidup yang sungguh pahit. bilamasa aku tgk dia ketawa, gelak, rupanya dia menyimpan seribu kepahitan dalam sejarah hidupnya. mana nak sangka kan.

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. raya tahun nie yang tinggal hanya dia, ayah dan abg dia. syukur dia masih punya sepupu dan ahli keluarga yang lain. teringat masa aku bermalam kat rumah dia. masa tu aku dan Alleng temankan dia sebab ayah dia pegi umrah. yelah, kat rumah tu tggl dia dan abg dia. Mak dan 3 orang adik dia adalah mangsa tragedi. rumah pun jadi sunyi sepi. rumah yg selama nie riuh rendah dengan gelak tawa adik beradik dan mak, kini jd sepi sgt. mula2 melangkah masuk rumah dia, hati aku sebak. Ya Allah, kuatkan semangat kawan aku utk teruskan hidup ini. bila tgk gambar keluarga dia yg tergantung kat dinding, aku jd x terkata. speechless. sebab aku dpt bayangkan ahli keluarga yang dulunya ramai, hilang dalam sekelip mata.

dia selalu ckp dia bosan tggl di rumah sebab xda kawan. abg dia selalu balik lambat. ayah dia pun selalu ke surau. tp bagi aku kawan aku nie cukup kuat. tp aku tau disebalik kekuatan itu, mesti ada rasa sedih yang cuba dibendung. yelah, lagi2 bila dengar dia bercerita. dia masih boleh ketawa, gelak. aku plak yg rasa nak nangis. lagi2 bila menyambut ramadhan dan syawal yang bakal tiba nie. mesti dia sedih saat nie.

kepada temanku CT zahirah, kuatkan semangat n berdoa semoga arwah aman di sana. walaupun pahit, hidup nie kena diteruskan jugak.

~kenangan d TMPoint Tg aru~
dr kiri: Yana, kak Asyah, me, Ct, Kak Ridah n Kak mary


Rindunya dengan suanasa di sana..huhu..

Hasrat Keluarga Berhari Raya Di Pulau Banggi Tidak Kesampaian

KUDAT (Sabah), 27 Nov (Bernama) -- Hasrat sebuah keluarga merayakan Hari Raya Aidiladha di Pulau Banggi tidak kesampaian ekoran tragedi bot karam dekat sini petang semalam.

kalo nak teruskan baca, klik je kat sini.
kalo nak tgk rakaman sedih peristiwa nie klik sini.


p/s: Ya Allah, tempatkan mereka dalam golongan org2 yang beriman. amin.
kalo aku kat tmpt Ct, aku xtau aku bleh terima ke tdk dugaan yg maha berat nie..huhu


Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan~

walaupun dah lama x hapdet blog yg bersawang nie, aku tetap mau ucapkan SALAM RAMADHAN kepada semua umat Islam.


Insya Allah, esok start puasa. aku harap Ramadhan kali ini akan memberi seribu makna buat aku. juga buat kalian.

Bulan Ramadhan nie, mcm biasa la kot balik awak dr kerja. jadual kerja pun berubah dalam sebulan nie. 8.00am-4.00pm. so, bleh la balik awak sediakan juadah apa yg patut. tp tengari tu no break la..huhu..

akhir kata, Salam Ramadhan sekali lagi.
amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)