Saturday, March 19, 2016

NAK CANTIK PUNYA PASAL


Assalamualaikum.

Kak Teh oi, buat susah-susah je kerat pokok lidah boya tu Kak Teh oi.
Auoliya Emulsion SKin Repair kan ada. 
Calit je, senang sangat la. ;)

Lidah Boya punya pasal. hihi. 

Thursday, March 10, 2016

Pengasas Auoliya Viral 2 kali

Assalamualaikum. 
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Sebesar-besar hikmah bila kita banyak bersabar dan redha dengan segala apa yang berlaku.
Bilamana Puan CikPuan Wawa Auoliya menghadapi saat-saat sukar, beliau berbalik pada Allah kerana percaya akan rezeki Allah. Wanita ini banyak ubah hidup saya, cara saya berfikir dan bertindak. Saya tidak salah langkah bila nekad untuk bersama Auoliya dan follow beliau rapat-rapat
Alhamdulillah. Kisah beliau 2 kali viral. Bukan kah itu hikmah pada apa yang berlaku? Bukan kah itu free marketing yang Allah berikan. Subhanallah..

Thursday, January 21, 2016

Produk PAK SANGGUP [Auoliya Emulsion Skin Repair]

Assalamualaikum.

Memperkenalkan FENOMENA BARU..FENOMENA PAK SANGGUP. ;)
PRODUK PAK SANGGUP
KENAPA PRODUK " pak sanggup "?


Saya bagi 10 sebab hari ni..
1. Muka rosak sebab pakai kosmetik.. dia SANGGUP RAWAT.
2. Muka kering sebab kerja dalam aircorn.. dia SANGGUP RAWAT.
3. Muka berminyak macam boleh goreng ayam ... dia SANGGUP RAWAT.
4. Muka berjerawat sampai hantu puchong pun takut... dia SANGGUP RAWAT...
5. Muka penuh dengan ruam macam kertas pasir... dia SANGGUP RAWAT..
6. Muka pucat.. macam dah mati 10 tahun... Dia SANGGUP RAWAT...
7. Muka kusam macam nenek ... dia SANGGUP RAWAT..
8. Kulit sensitif... mudah terbakar kerana UV... dia SANGGUP RAWAT..
9. Muka berkawah.. berlubang-lubang... dia SANGGUP RAWAT.
10. Kulit muka tak sekata macam zombi... dia SANGGUP RAWAT.

Itulah dia... PRODUK TERHEBAT ALAF INI.

GEL RAWATAN KULIT TERBARU..

AUOLIYA Emulsion SKIN REPAIR


Pm/whatsapp 014-6767922

Friday, December 25, 2015

Soalan lazim tentang AUOLIYA EMULSION

Soalan lazim tentang AUOLIYA EMULSION

Soalan 1: Kalau pakai Auoliya Emulsion kena stop produk lain ke?
Jawapan: Tak perlu. Boleh terus pakai skincare sekarang ni. Just perlu add on auoliya emulsion. Pakai auoliya emulsion selepas cuci muka dan sebelum pakai foundation / krim / bedak.

Soalan 2: Kenapa bila guna auoliya emulsion jerawat makin naik.
Jawapan: Keistimewaan Auoliya Emulsion adalah ia mengandungi beauty water. Fungsi beauty water ni adalah untuk membersihkan kulit wajah dengan cara menarik kotoran yang terperangkap jauh di dalam kulit. Penggunaan pada hari kedua dan ketiga, beauty water baru menarik kotoran keluar. Jika kulit wajah sensitive, kotoran ni akan menyebabkan jerawat semakin naik. Tapi, jerawat lama akan mula kecut selepas 7 hari penggunaan. Jika liang roma besar berbanding biasa, parut jerawat biasanya akan ketara pada kulit wajah. Permukaan ini yang menyebabkan kotoran terperangkap.

Kategori jerawat juga berbeza. Contoh:
jerawat nanah/darah atas kulit muka - kotoran yang terpendam.
jerawat nanah/darah bawah kulit - kerana masalah hormon @ pemakanan.mungkin sebab hormon tak stabil / tension / resdung.
jerawat pasir / kemerahan-merahan - sebab radang / tindakbalas bahan kimia.

Soalan 3 : Semasa rawatan menggunakan auoliya emulsion ada pantang larang ke?
Jawapan:  Tiada pantang larang. Hasilnya lebih cepat bila pakai auoliya emulsion sahaja tanpa apa-apa krim ketika waktu malam. Guna secara konsisten waktu siang dan malam.

Soalan 4: Kalau stop pakai auoliya emuslion ada kesan pada kulit kita ke?
Jawapan: Setiap hari kulit kita terdedah pada persekitaran. Protection tu kita harus ambil juga. Auoliya emulsion hanyalah rawatan kulit wajah. Jika ada masalah kulit jerawat disebabkan kulit sangat allergik dengan persekitaran udara yang kotor, Auoliya emulsion akan berfungsi menarik kotoran dan bersihkannya. Bila dia stop auoliya emulsion, tak da lagi bahan yang menarik kotoran keluar. So kemungkinan jerawat akan naik semula tu ada. Jadi kesan selepas penggunaan tu berbeza mengikut situasi

Lain pula contoh jika kulit berminyak disebabkan liang pori terbuka. Auoliya emulsion akan merapatkan liang pori. Kulit wajah akan jadi lebih gebu, lembab dan licin. Walaupun berhenti pakai auoliya emulsion, asalkan liang pori kekal tertutup, masalah kulit berminyak tak akan berulang.

Soalan 5: Sesuai tak untuk lelaki?
Jawapan: Sesuai. Tak ada masalah.

Soalan 6: Ada bahan kimia tak dalam auoliya emulsion?
Jawapan: Setiap kosmetik / ubat- ubatan pasti ada tindak balas kimia. Auoliya emulsion juga ada bahan kimia tetapi dalam kandungan yang tidak membahayakan. Juga ada kandungan herba selain dari beauty water + aloevera.

Soalan 7: Ibu mengandung boleh pakai ke?
Jawapan: Boleh. Tak ada masalah.

Soalan 8: Berapa hari nampak kesan penggunaan Auoliya Emulsion?
Jawapan: Kesan tu boleh nampak berdasarkan tindakbalas kulit pada produk. Dan setiap tindakbalas  individu berbeza. Bergantung pada masalah dan jenis kulit yang kita hadapi.

Kesan auoliya emulsion boleh dirasa seawal 3 minit dengan kulit serta merta berasa cool & fresh. 3 hari kulit akan rasa lebih lembut. Dan dalam tempoh 3 minggu kulit akan kelihatan lebih bersih, berseri & glowing.

Berdasarkan testimony dan feedback, kulit muka kusam akan beri result lebih cepat dengan hasil kulit yg nampak lebih fresh. Ini kerana kulit muka kusam selalunya disebabkan penggunaan bahan kimia yang tinggi dalam kosmetik dan tidak dicuci dengan bersih.

Soalan 9: Apakah Auoliya Emulsion sejenis pelembab muka?
Jawapan: Auoliya emulsion lebih baik dari krim pelembab muka biasa. Teknologi penciptaan emulsion sememangnya berfungsi untuk mengunci dan membekalkan kelembapan pada kulit. Auoliya emulsion sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan mereka yang selalu terdedah pada cahaya matahari. Ia juga dihasilkan dengan beauty water yang mudah menyerap di dalam kulit.

Soalan 10: Berapa lamakah parut dan kesan jerawat dapat dihilang ?
Jawapan: Bergantung berapa lama kesan jerawat tu melekat pada muka dan tahap keseriusannya. Normally seawal 3 hari dah nampak perubahan. Tetapi harus pakai konsisten siang dan malam. Gunakan auoliya emulsion sahaja pada waktu malam.

Soalan 11: Semua jenis kulit ke boleh guna?
Jawapan: Ye. Semua jenis kulit. Tetapi jika dia ada masalah kulit allergik pada sabun yang berbau wangi,  kemungkinan besar dia juga akan allergik dengan auoliya emulsion.

Soalan 12: Kalau tak ada masalah kulit pun boleh pakai ke? Apa akan jadi pada kulit saya nanti ?
Jawapan: Akan ada 2 kemungkinan yang akan berlaku. Pertama kulit akan nampak lebih fresh, pinkish dan glowing.
Kedua mungkin akan naik jerawat kerana auoliya emulsion menarik kotoran yang terpendam yang tidak disedari selama ini. Auoliya emulsion juga meneutralkn kulit muka atas penggunaan asid yg tinggi dalam kosmetik. Contoh kandungan asid tinggi adalah seperti selepas menggunakan kosmetik kulit serta merta jadi tegang, pedih atau mengelupas.

Soalan 13: Selain dari muka boleh pakai kat tempat lain ke contoh seperti leher dan tangan ?

Jawapan: Boleh. Tapi tidak boleh digunakan pada tempat yang ada luka.

Thursday, December 24, 2015

::Sale YES!! Year And Sale Auoliya Emulsion::

Assalamualaikum.


Sale YES!! Year And Sale Auoliya Emulsion.

Kenapa saya kena pakai auoliya emulsion? ada banyak lagi produk lain.
apa istimewanya ngan auoliya emulsion nie?

Ok saya bagi sikit pengenalan pasal auoliya emulsion ya.
Gel rawatan kulit muka terbaru mengandungi aloevera dan beauty mineral water.

Apa yang best dengan Auoliya Emulsion, 
❤ dia tak melekit langsung. sebab mengandungi beauty mineral water so structure dia ringan.
❤ senang meresap masuk dalam kulit.
❤ bedak takkan becapuk/betompok2 kalau pakai auoliya emulsion nie. so, untuk kaum lelaki pun sesuai.



Keajaiban auoliya emulsion ;-
❤ 3 minit kulit akan rasa sangat fresh
❤ 3 hari kulit akan lembab dan lembut
❤ 3 minggu kulit akan bertambah sihat, licin, bersih dan bersinar.

Kesan paling cepat ketara untuk yg ada masalah:-
❤ Kulit muka kusam
❤ Kulit berminyak
❤ Tona muka tidak sekata
❤ Hilangkan parut jerawat
❤ Pori besar
❤ Kulit kering / mengelupas
❤ Bintik hitam

Promosi Akhir Tahun!!

3 Botol RM100!!
3 Botol RM100!!
3 Botol RM100!!

postage sem RM6 / SS RM10
Harga Asal 1 botol RM49 exclude postage.
Promosi 20 - 31 dec sahaja.

SAPA CEPAT DIA DAPAT. WHILE STOCK LAST.

Wednesday, December 2, 2015

Stok Auoliya Emulsion dah sampai. Promosi sehingga hujung Dec 2015 je.

Assalamualaikum

Auoliya emulsion skin repair masih dalam mode Promosi. tapi sehingga hujung december ni je tau. Nanti dah masuk tahun baru, harga balik harga asal. rugi tak grab harga promosi. boleh jimat RM14. sapa nak bagi kan. 

stok baru sampai. panas² lagi. heee. lebih dari separuh dah bertuan. tinggal nak agihkan je.

Auoliya emulsion juga adalah penggalak untuk mencerahkan kulit muka. sesuai digunakan bersama dengan produk skincare lain, kerana ianya adalah pelengkap kepada penjagaan kulit muka. Auoliya emulsion ni juga memberi kesan penyejukan dan menyegarkan dan boleh melicinkan serta melembapkan kulitk muka bak sutera. kesan sertma merta ialah emulsion ni mampun menghidrat dan melegakan kulit kering. so, sapa² ada masalah kulit kering boleh la try auoliya emulsion. :)

meh nak belanja testimoni sikit. 

Testimoni by: Shima Raziff
Happy reading.. muahh!



Thursday, November 26, 2015

[ Saya Stokis Sah Auoliya Emulsion Skin Repair Clinic System ]

Assalamualaikum.

Macam mana saya boleh terjebak dengan Auoliya Emulsion? sampai boleh jadi stokis plak tu. Brand apa nie? cam tak pernah dengar pun. hihi. let me explain.

Alhamdulillah. 1st time i jadi master stokis gitu. dipendekkan cerita, aku start ngan niaga online. dropship. tau apa tu dropship? aku promote barang dan cari customer. pastu melalui agen/supplier yang akan hantar direct kepada customer. kalo ada duit lebih, aku simpan stok sebab aku ada jugak customer offline. selalunya customer offline suri2 rumah tangga yang malas nak bergelumang dengan fb. hihi. so, aku simpan stok untuk jual kat diorang la.  tapi, disebabkan permainan harga yang terlalu teruk, dropship macam aku ni susah nak cari makan. kadang amik untung 2 hengget je sebab nak tarik customer. syukur tu ada orang nak beli ye dak. sob sob.

supplier aku ni datin. mulanya aku taktau langsung dia ni datin. punya la owner ni sangat merendah diri orangnya.aku panggil dia kak wawa. padahal aku lagi tua dari dia. hihi. nak perasan muda sikit je. ^__^ . kak wawa nie adalah founder kepada Auoliya emulsion. kak wawa banyak bantu team stokis Auoliya. termasuk la aku. 

masa mula-mula kak wawa nak bagi tester Auoliya Emulsion ni, kak wawa ada bgtau sejarah emulsion ni. apa kebaikan emulsion?? betapa pentingnya penggunaan emulsion dalam penjagaan muka seharian yang orang kita selalu abaikan. Dengan sifatnya yang lebih ringan, emulsion mempunyai kebaikan atau fungsi tersendiri iaitu;- membantu menghaluskan kulit, memberi kelembapan dan memberi kesegaran. so, aku pun decide nak pakai emulsion ni kat muka aku yang comey nie. kahkahkah. 

Hasilnya memang sangat menerujakan. sebabnya, kulit muka aku dah semakin licin dan rasa gebu. ^____^ 
so, kesimpulannya aku pakai aku jual. wink wink ** aku nak berkongsi kebaikan emulsion ni dengan semua orang.  hehe

meh nak belanja sekeping dua gambar emulsion.







last but not least!!




tada!! puas hati sangat dengan Auoliya emulsion nie. 

sehingga berjumpa lagi di next post. :)

Saturday, November 22, 2014

Bila anak sakit, mak dia sakit sama.

Assalamualaikum.

Ni cerita minggu lepas. Ammaar Hurairah kena cirit birit. berak air je. Ya Allah, punya la risau. kesian tengok anak dah lembik. selalu Ammaar suka senyum. pantang  tengok kita, mesti lebar je senyuman dia. tapi bila dia dah kena cirit birit ni, senyum pun susah. sian anak ibu. T_T

sabtu tu, ammaar dah memang demam. tapi bila dah bagi ubat, demam sudah kurang. tapi esoknya tu dia berak-berak pulak. sehari tu boleh kata sampai 20 kali la tukar pampers dia. dah tu beraknya air jek. bila dah berak, siap tembus ke seluar, baju dan tilam. mak mertua bagi penawar-penawar kampung. ada lega sikit bila ammaar dapat tidur. esok paginya bawak ke hospital. pesakit luar. nak sejam tunggu number kena panggil, last-last tak sampai 5 minit dalam tu, dah kena bagi transkripsi amik ubat. ehm. cek pun tak sungguh-sungguh. :(

balik tu, ammaar masih berak-berak. masih berak air. tak tahan tengok ammaar macam tu, bawak lagi ke hospital. tapi kat emergency. so, dapatla katil untuk ammaar berehat. kena air darah untuk cek, takut-takut kena jangkitan kuman ka apa ka. dan kena tambah air.

masa kena cucuk kat tangan tu, darah takmau keluar. nurse yang cucuk tu macam tak reti je. main agak-agak je. memang bikin panas. kat tangan tak dapat, dia cuba kat kaki. dia kata susah nak jumpa urat ammaar. bila dapat cucuk tu, darah tak banyak kuar. patut kena amik 2 bekas. tapi 1 bekas je dapat amik. 1 bekas lagi darah ammaar dah tanak kuar. so dia stop. pastu dia sambung untuk tambah air. taktau la camana cara dia buat sampaikan ammaar nangis sungguh-sungguh. nangis kuat mungkin sebab sakit masa dia sambung guna picagari tu. Ya Allah, aku suruh nurse tu stop. aku tak tahan tengok ammar sakit. nurse tu suruh pujuk ammaar dulu. huh! hati mana tak sayu tengok anak kita macam tu?

last-last dorang tunggu sorang nurse tu. nurse yang dah biasa handle baby. so tunggu je la. masa nurse yang sorang lagi cucuk ammaar untuk tambah air tu, ammaar nangis masa kena suntik je. tapi lepas tu ammaar ok. memang nurse tu pandai la handel baby kan. lega sikit hati nie. pastu kena cucuk lagi kat tangan untuk amik darah. sebab darah yang nurse pertama amik tu tak cukup untuk test. tak dapat baca. ehmmm. so, suma tangan dan kaki ammaar kiri kanan suma dah kena cucuk. huhu. 
Ammaar Hurairah. kena cucuk. hati ibu pun bagai dicucuk jarum. :(

Sian anak ibu. bila doktor datang cek, dan tengok hasil test darah alhamdulillah doktor kata takde pape jangkitan. alhamdulillah. dia cuma nasihatkan tukar air untuk buat susu ammaar. sebab ammaar dah tak menyusu badan. lagipun, minggu sebelum tu, Kunak memang ada cemaran air. tak terpikir untuk tukar air susu ammaar masa tu. dah jadi macam ni baru terpikir balik. maaf sayang, suma silap ibu sebab tak alert dengan benda-benda macam nie. huhu. dan boleh kuar sepital dah. syukur anak ibu tak kena admit wad. fuh!

balik tu terus beli air mineral. semoga lepas ni anak ibu kuat ya sayang. takmo sakit-sakit dah. 

Saturday, November 15, 2014

Kegilaan shopping online datang kembali.

Assalamualaikum.

Kegilaan shopping online datang kembali. Hoho. Rasa cam bedegup degup jantung nie bila zalora dan nile buat sale sempena 11.11.14 nie. Banyak item dengan harga RM11 je. Bolat gak la bijik mata. Nak-nak lagi duit dalam bank masih ada untuk transfer online. Lagi lah kegilaan tu menyentak tangkai hati. Dan akhirnya aku tewas. 

Barang-barang hasil shopping. :)
Maklum la sejak dah ada baby ni, susah sangat nak kuar shopping. pegi review doktor pun, lepas tu mesti balik. sebab dah rindu ngan baby. so memang takde lah aku nak kuar shopping macam zaman aku bujang dulu. sekali sekala shopping online ni dapat gak mereleasekan tension ni. bukan tension apa, tapi tension keja. T_T

ala, ada sale kan. balun je la. untuk semua item kat atas tu hanya RM107.79 je. include postage ke sabah. maklum la, postage ke sabah je yang selalunya mahal. huhu

kat Zalora, aku beli T-Shirt dan suar dalam suami. hehehe.shopping untuk suami jugak tau. bukan untuk diri sendiri jek. dan jam tangan kaler hitam pink. hihi. comey.

kat nile.com.my plak aku beli baju untuk aku 2 pasang. suami kan selalu tegur baju aku sempit la, sendat la. so kali ni beli baju yang ala-ala muslimah gitu. biar suami tengok pun sejuk hati. kan nak jadi bini solehah. haha.

oh ya, dan kemarin ada gak aku shopping kat Pearl Harbour Fasion. gila sale eh. untuk sepasang blouse dan skirt hanya RM15??? mana tak buntang bijik mata aku. haha. pun balun gak shopping kat situ. kualiti kain kat sini aku tak berapa pasti sebab barang mungkin sampai next week. tapi memang berbaloi la shopping kat sini. highly recommended! ngeee..

dah atieabid. dah. lepas ni nak beli susu ammaar lagi tau, pampers pun dah nak habis dah tu. hoihhh..

 kegilaan tu sambung ke lain tahun plak ye. :)

Thursday, November 13, 2014

1st GiveAway By Anamizu




Assalamualaikum.

Lama tak join GA. Dan tak pernah menang pun kalo join. hee..bukan rezeki.
so kalini nak join 1st GA dari Cik Ana. senang je nak join. ikut je syarat-syarat yang cik Ana bagi tu.

SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com) - Done. lama dah. haha
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni. - Done!
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA. -Jap lagi. nak siapkan entry dulu..Done!
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni. - Done!
5.Done. Senang je kan? - Memang senang..hehehe
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. - Sempat lagi nie...:P 

So, done sema syarat. :)

tinggal nak tempek link je kat ruangan komen cik Ana.
Tahniah Cik Ana sebab berjaya buat 1st GA dengan jayanya.. hehe..

Friday, October 31, 2014

Manjakan anak? Tak salah kan.

Assalamualaikum.

Ammaar manja. sekarang sudah pandai merengek-rengek manja. bukan ada airmata pun. ceh, saja mintak perhatian kan baby Ammaar ni. :)

It's ok sayang. biasalah baby mintak manja-manja. nangis-nangis manja. rengek-rengek manja. bila dipikir balik, baby membesar dengan cepat. tak terasa Ammaar dah nak masuk 5 bulan. see. tak rasa kan. cam baru je rasa kena potong sebab nak kuarkan. cam baru je Ammaar menyusu badan. cam baru je rasa Ammaar baby-baby. eh memang masih baby pon. :) hitung punya hitung Ammaar dah nak masuk 5 bulan dah. 

Bukan dasar nak manjakan anak, tapi kalau boleh aku nak rasa setiap moment pembesaran Ammaar. esok bila Ammaar dah besar, mesti rindu zaman dia kecik-kecik kan. so, sebolehnya aku tanak merungut dengan pe'el Ammaar. Ammaar jenis tidur gundah. malam-malam selalu merengek. sejam sejam dia akan gundah. sua susu pun dia tanak. kadang gundah sampai nangis. kadang tak tahu dia nak apa sebenarnya. dalam ngantuk-ngantuk tu, sebolehnya aku layan dan pujuk Ammaar sampai dia tidur balik. 

Ammaar main ba-ba-cak ngan ayah dia. :)
tadi masa bw, singgah blog Nameeroslan. dia ada buat post pasal Clingy baby Adam. betul la kata Namee. dia rasa worth sangat dengan layanan yang dia beri kat baby long Adam. sebab baby cepat membesar.

so memang itu pun yang aku rasa selama nie. puas hati. cuma aku belum boleh berhenti kerja untuk tumpukan sepenuh perhatian untuk Ammaar. aku masih perlu kerja. kadang-kadang rasa rugi masa aku sebab tak dapat jaga Ammaar time keja. sebab tu bila balik rumah, sebolehnya nak luangkan masa dengan Ammaar je. dia tidur pun nak tatap je wajah mulus dia. kalo boleh tanak berenggang pun dengan Ammaar. nak-nak waktu cuti, memang habiskan masa dengan Ammaar je la. but what to do. ibu no choice sayang. ibu masih perlu kerja. :(

cuma nak anak ibu tau, ibu sayang Ammaar. sayang tak bertepi. sayang sangat. semoga Ammaar membesar jadi anak yang baik dan soleh ya sayang. :) amin.

Thursday, October 23, 2014

Baby Ammaar.Sayang ibu. Sayang ayah.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar baby Ammaar dah masuk 4 bulan13 hari. masa review kat klinik untuk 4 bulan aritu berat dah 6.4kg, tinggi dah 61cm. alhamdulillah. BMI sangat cantek anak ibu.

masuk 4 bulan Ammaar dah boleh tiarap dah. kejap je dia dah boleh angkat kepala. tahan lama jugak tiarap. tapi tak boleh nak pusing balik. hikhikhik. bila penat apalagi, nangis la jawabnya. :P

semoga anakku membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya sayang. :)

Versi pakai topi. nak tutup kepala yang rambut tak cukup banyak.


versi tunjukkan rambut sejemput. :)

Friday, August 15, 2014

Apsal kejam sangat jadi manusia?

Assalamualaikum..

Tadi bukak fb cam biasa. scroll down scroll up. itu la makanan pagi-pagi kat opis. sentap bila nampak kawan shared gambar baby dalam longkang. Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berilah hidayah kepada adik-adik remaja kat luar sana Ya Allah. cukupla buat dosa. jangan ditambah dengan membunuh. 

dulu, sebelum aku ada anak sendiri, memang sedih jugak bila nampak gambar-gambar baby kena buang. sedih sangat hati tengok baby yang sudah tak bernyawa. tapi sejak dah ada anak ni, rasa sedih tu tak boleh nak kata dah. memang mengalir la airmata tiap kali nampak sekujur tubuh kecik yang tidak berdosa menjadi mangsa mak bapak sendiri. 

terbayangkan 9 bulan baby dalam perut. terbayangkan sakitnya contraction. terbayangkan saat-saat dalam dewan bedah. terbayangkan pertama kali tatap wajah anak sendiri. terbayangkan pertama kali dapat dukung tubuh kecil mungil. Ya Allah, hilang segala kesakitan. syukur atas nikmat yang diberi. 

tapi kenapa ada ibu-ibu di luar sana begitu tega membunuh anak sendiri? di mana hilangnya kewarasan saat tubuh kecil itu dicampak ke dalam longkang? tiadakah secebis kasih sayang untuk anak kecil tu? tiadakah belas kasihan? mesti baby sakit, mesti baby sejuk dengan tidak berbaju dibuang di dalam longkang berair. Ya Allah, betapa menderitanya anak kecil itu. anak aku yang nangis sebab lapar masa susu aku 5 hari tak keluar pun aku dah tak sanggup nak dengar. aku tak sanggup nak tengok anak aku nangis sebab sejuk lepas habis mandi. cepat-cepat pakaikan baju. macam mana diorang boleh keringkan hati pada anak sendiri?  

tak sanggup nak letak gambar-gambar baby yang tak berdosa tu dalam entry ni. tak sanggup. 

Ya Allah, tempatkan la bidadari bidadari itu di syurgaMu Ya Allah. 

Tuesday, August 12, 2014

Setahun sudah + Sudah dua bulan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah ya Allah. Semalam 11 Ogos genap setahun aku jadi bini orang. pejam celik pejam celik ja rasa. eh eh, dah setahun dah. dah jadi mak orang dah pun. 

setahun sudah. 
atau patut kata baru setahun? hehe. syukur la. dalam setahun ni banyak benda nak kena perbaiki. aku sebagai isteri ni kadang-kadang agak panas baran. kena ubah tang tu. syukur dapat suami agak sabar dengan bini dia. kalo dapat suami pun panas baran, aku rasa aku akan jadi biniku gangster agaknya. nauzubillah.

-----

10 Ogos baru-baru ni plak, Ammaar Hurairah dah masuk 2 bulan. Besar sudah anak ibu. alhamdulillah. membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya wahai anakku. 
Ammaar Hurairah Bin Sudirman.
botak bukan sebarang botak tau.
rindu sangat ngan anak sorang ni. tadi bawak Ammaar gi klinik. kena suntik untuk 2 bulan. kat paha. meraung jugak anak aku ni. sian dia. nurse cakap suntik kali ni boleh buat baby demam. so kena bagi ubat demam. ehm, jangan la Ammaar kena demam teruk ya sayang. 

-----

01 Ogos lepas, adik aku epalejau dah tamatkan zaman bujang. alhamdulillah. dah jadi bini orang dah adik aku. lepas ni kena belajar masak la ya. hihi.
Azlan + Hadra.
cinta si pengakapwan dan pengakapwati.
Selamat pengantin baru adikku sayang. the only adik yang aku ada. semoga jadi isteri yang solehah dan bakal ibu mithali. bagi Ammaar adik cepat-cepat ya. nak harap aku yang bagi, lambat sikit la. huhu. 

Anak-anak pacik Hamid dan macik Asiah semua dah kawen. alhamdulillah. lepas ni kena tunggu turn anak buah plak. 

--
until we meet agaiin. ceh. ayat. ni sebab jarang dapat update. mihmih.

Wednesday, July 9, 2014

.Pengarang Jantung Hati Ibu & Ayah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ya Allah. Genap sebulan Ammaar Hurairah jadi penyeri hidup ayah dan ibu. syukur yang tidak terhingga.

dalam sebulan sudah rasa jadi ibu. perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. betul la kata mak, bila kamu dah beranak esok, baru kamu faham perasaan seorang ibu. yup. emak betul. kita sanggup bergadai nyawa demi anak. sanggup tahan sakit demi anak. sanggup tak cukup tidur demi anak. semuanya demi seorang bocah kecil bernama Ammaar Hurairah. 

Ammaar Hurairah.10 Jun 2014. The journey of yours begin here sayang.
Due date 9hb Jun. subuh tu dah start baby mengejang dalam perut. memang tak bleh nak tidur. asyik terjaga ja. tak selesa. pusing kiri salah. pusing kanan salah. melentang lagi la rasa senaknya. selang setengah jam mesti rasa mengejang. tapi belum rasa contraction. pukul 5 petang time nak mandi tu, nampak darah keluar. cepat-cepat suruh adik bawak gi sepital. dalam hati, ok dah dekat nak bersalin dah ni. terus call suami mintak dia balik cepat. huhu. i need u dear..

Pengalaman pertama masuk hospital. terus ke dewan bersalin. Ya Allah, perasaan takut ada. tak sabar pun ada. takut sebab yelah, tak penah kan. ni anak pertama. tak sabar bila dah start sakit-sakit. tak sabar nak jumpa ngan baby.

Hari tu aku rasa aku jadi bahan ujikaji. semua nurse nak cucuk nak cek jalan dan berapa cm. hoh. tahan saja la wahai hati.

Pukul 7pm tu kena tolak masuk wad. kena tunggu lagi sebab laluan belum bukak. okeh, silap pertama aku bila doktor suruh minum air sebab nampak aku dah pucat. aku lak pi bantai air selusuh yang suami buat. start dari situ, sakit contraction pun menyerang. aku mana la tau itu adalah punca dan sebab musabab aku kena contraction awal sedangkan baby belum nak kuar. nurse kata kepala baby belum kat pintu. so sepanjang malam tu, aku contraction. setiap 5 minit contraction. tapi laluan masih tak bukak lagi. tak boleh nak tidur. sebab asyik sakit je. :(

dekat 14 jam jugak aku rasa contraction tu. tapi bila nurse cek, laluan baru 2cm. :( kepala baby pun takde tanda-tanda nak masuk pintu. haish. last sekali bila nurse cek laluan, air ketuban pecah. dan rupanya baby dah berak dalam dah. nak tak nak, kena wat operation jugak. dan syukur alhamdulillah sebab tak perlu kena hantar ke hospital tawau untuk bedah. sebab haritu doktor pakar memang turun Kunak untuk buat pembedahan kat Kunak. dan nama aku sebenarnya takde dalam list bedah pun untuk haritu. tapi disebabkan aku dah pecah air dan baby pun dah berak dalam tu, so aku adalah orang pertama yang kena tolak masuk dewan bedah.

tak pernah terpikir pun akan kena bedah. sebab kalo boleh nak la beranak normal kan. tapi semua ni ketentuan Allah S.W.T. yang penting baby dan aku sihat alhamdulillah.

sepanjang-panjang kena bedah tu, aku rasa aku tak sedar diri sebab tertidur kot. mana taknya, aku dah dekat 2 malam tak tidur lena kan. ni bila dah kena bius, dah tak rasa sakit langsung, apa lagi tetido dengan nyenyak la. hihi.

nurse kejutkan aku dan tunjuk baby. Ya Allah, perasaan aku masa tu taktau la nak cakap camana. dia bagi aku kiss baby. tak sedar airmata aku mengalir. Ya Allah anak aku. T_T. hilang semua sakit. nak dukung baby! tak sabar..

Hadiah termahal dan terindah untuk tahun ni. baby Ammaar Hurairah Bin Sudirman. :)

anak, jadi anak yang soleh ya sayang.


Wednesday, June 4, 2014

.Menghitung hari.

Assalamualaikum.

Menghitung hari dah. neves, excited, takut, semua perasaan ada. tapi tanak pikir sangat. tanak stress. kang tak pasal-pasal aku kena high blood. 

dua date 9 june insya Allah. sekarang ni pun ada jugak rasa sakit-sakit pinggang. tak boleh nak berdiri lama. nak basuh pinggan yang tak sampai berapa ketul pun pinggang dah sakit. perut pun dah rasa berat sangat kalo berdiri. tapi tak boleh jugak asyik duduk dan baring je. kena rajin-rajin bejalan. supaya senang orang tua-tua kata. 

sekarang ni semua posisi serba tak kena. mengiring ke kanan salah. mengiring ke kiri salah. melentang lagi la senak rasanya. 

baby, baik-baik kat dalam ye sayang. can't wait to see you. can't wait to hug n kiss you. ayah kat sana pun dah risau-risau. tinggal tunggu kena call cakap ibu masuk sepital, kompom terus beli tiket dan balik sini. sebab nak jumpa ibu dan baby. ayah dan ibu sama-sama tak sabar. 

barang-barang baby dan ibu semua dah ready. tinggal nak angkut je kalo dah rasa sakit. tapi belum rasa lagi construction atau petanda-petanda yang macam nurse dok cakap tu. harap-harap dipermudahkan hendaknya. 

esok kena gi klinik lagi. tapi tak boleh tidur. perut rasa tak selesa. adoi la. kena cukupkan rehat ni. kena tidur jugak. 

Saturday, May 24, 2014

.Kerana diriku begitu berharga. ^_^

Assalamualaikum.

17 May 2014, umur bertambah lagi. 31 tahun. alhamdulillah. masih bernafas. masih sihat walafiat. masih bertenaga mengusung baby dalam perut. masih semangat pegi keja. alhamdulillah Ya Allah.

semoga dalam usia early 30++ ni, bleh la jadi matang sikit. semoga jadi hamba Allah S.W.T yang sentiasa menurut dan menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. semoga jadi anak yang baik untuk mak bapak. semoga jadi adik dan kakak yang baik untuk adik beradik. semoga jadi isteri yang soleh untuk suami tercinta. dan jadi ibu mithali untuk bakal anak-anak tersayang.

Dapat surprise kek besday dari kawan-kawan. Ya Allah betul-betul terkejut. i didnt expect langsung dorang nak buat surprise. sebab dah pernah buat surprise bulan lepas baby shower dan birthday Mar. 



comel kan! cam nak nanges je time ni. rasa diri ini begitu berharga. dan terasa disayangi. ecewah. terharu mak. Mar pun sama preggy jugak. cuma beza 2 bulan je. dan 2 2 pun anak 1st. dan kebetulan besday Mar bulan April tu. taktahu plak kawan-kawan lain suma pakat nak buat surprise secomel ini. ntah camana boleh tak terhidu langsung plan diorang ni. buat kat Pi1M Pekan Kunak. pagi tu memang badan tak sihat. so amik mc setengah hari. ingat nak masuk keja lepas lunch hour je. sekali kawan call kata nak belanja makan. wajib datang Pi1M Pekan Kunak! oh ok. nasib baik tak makan tengari lagi kat rumah. 

sekali sampai haa engkau, dapat kejutan. heran jugak apsal gelap gulita je Pi1M. ke makan kat tempat lain. sekali bukak lampu, haaaa memang surprise gila la. comel plak tu diorang buat persediaan ni. Mar pun kena jugak. hak! hak! hak!..siap ada candy-candy lagi. :)

Besday cake dari kawan-kawan Pi1M.
Ni kek besday kawan-kawan buat surprise sehari sebelum besday. 16 mei tu ada program kat Pi1M Kg Kadazan. Unduk Ngadau ICT 2014. tak sangka plak ada kek. tetiba je abam seksi a.k.a abam Sol nyanyi lagi besday siap bawak kuat kek ni dr training room. aku terkial-kial jugak pada mulanya. sapa punya besday? rupanya untuk aku. hak! hak! hak! adui. terkena lagi sekali. 

tengok tak lilin diorang letak berapa batang? 2 batang je. yeeee!! aku baru 20tahun. hihihi..

thanks kawan-kawan. kamu la kawan, kamu la sahabat, kamu la colleague yang paling best ever. sayang korang semua. 

Ni la mereka-mereka yang selalu buat team Pi1M Daerah Kunak kecoh. hehe..


Besday cake surprise dari family. ^__^ 
Nampak tak kek ni? full of fruit. i loike!! memang terus licin! hahah. lilin tu nampak sangat besar ada 3 batang , kecik ada sebatang. nak sorok umur pun tak bleh. bluekk!!

aku pun taktau adik beradik aku yg gegirl-gegirl  ni ada beli kek ni. komplot baik punya. ingatkan takde da main tiup-tiup lilin ni. sekali masuk ruang nonton ada pulak kek ni. hihi. walaupun kecik, tapi sodap!!
thanks my kakak-kakak, adik dan nurek-nurek kesayangan. ^_^ love always.

semoga kebahagian ini akan menjadi milikku selamanya. amin Ya Rabb.

Friday, May 16, 2014

Cause all of me Loves all of you.



"All Of Me"

What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind
I’m your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind


Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you



How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down, I’m around through every mood
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, in my head for you



My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind



Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you
Give me all of you
Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard



Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you
I give you all of me
And you give me all of you



Friday, May 9, 2014

Lidah tidak bertulang.

Assalamualaikum..

Betul la kata orang lidah tidak bertulang. bahaya lidah ada di mana-mana. kerana lidah badan binasa. kerana lidah dosa pun bertingkek-tingkek.

seboleh-bolehnya nak jaga lidah dari menuturkan kata-kata yang jelek. seboleh-bolehnya nak elak dari ejek atau cemuh mana-mana kekurangan yang dilihat. 

kadang-kadang terdetik di hati "eh, kenapa dia begitu. eh, kenapa dia begini??" cuma tidak terzahir di lidah. hanya di dalam hati. lepas tu cepat-cepat istigfar. Astagfirullahalazim... maafkan aku Ya Allah. aku sendiri tidak sempurna.



kalaula hidung betul-betul akan jadi cam pinokio tiap kali membohong, ntah camana la rupa manusia di bumi Allah ni. banyak sangat pembohongan berlaku. aku pun tidak terkecuali.

Friday, April 25, 2014

Tulisan Doktor. Sangat tak faham.

Assalamualaikum.

Last week masa appointment dengan doktor, kena scan. doktor tu cakap tembuni aku kat bawah. tapi masih tahap ok laa. tapi disebabkan dia tak yakin dengan scanner kat klinik tu disebabkan scanner zaman bila aku pun tak tahu la, so dia refer aku jumpa dengan doktor pakar. dia takut kiraan yang dia buat tu tak betul. nanti jadi apa-apa kat baby, dia plak disalahkan. so, kebetulan ada doktor pakar turun dari tawau tu yang dia bagi appointment date jumpa doktor pakar plak untuk rescan dan re segala re la.

risau jugak kan bila dia kata tembuni kat bawah, risiko nak bersalin normal tu sikit. kalo tahap betul-betul bawah, mungkin akan jalani pembedahan. ah sudah! aku kalo boleh nak la baby pertama ni bersalin normal. huhu..

tadi keluar awal dari rumah semata-mata nak dapat number awal la kononnya. memang antara orang yang terawal jugak la. dapat la number 2. yay! happy. sekali doktor pakar tu sampai pukul 10 pagi. masak gila aku menunggu 4 jam weh! sakit pinggang dan bontot aku duduk lama sangat.

4 jam tunggu untuk review 15 minit je. -_- .. Ya Allah, jadikan la aku insan yang sabar..amin.


hasil review harini.
nampak tak..? kan orang selalu cakap, tulisan doktor susah nak faham. aku satu hapa pun aku tak faham tulisan doktor nie.dah macam cacing kerawit dah aku tengok.


so, nak tahu senang je. whatsapp kakak aku. kak enceng @ Dr.Asmiati. dia mesti faham. umiiii tolong!!!!


hasilnya.. tada!! kan aku dah kata. hanya doktor yang faham tulisan doktor. sama dengan apa yang Dr.Priya tu bagitau aku kat hospital tadi.

alhamdulillah. lega jugak bila doktor kata bleh bersalin normal ni. semoga dipermudahkan segalanya bagi aku Ya Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)