Tuesday, July 30, 2013

.Countdown.

Apsal la hati rasa lain semacam. Rasa cam nak tekencing jek bila ingat nak raya. haish.

ingat raya, otometik ingat 11hb. ingat 11hb mesti ingat kawen. adoi.
secara otometik, feel nak beraya hilang terus.   sobs sob. -_-

serious nerves. serious cam nak pecah jantung bila hitung-hitung hari.

kad jemputan belum habis edar.
baju nikah belum fitting.
barang hantaran belum deko.

mana jantung tak pecah??


p/s: sapa la gigih sangat search full name aku kat gugel. haha.

Friday, July 19, 2013

.Kita masing-masing hormat.

Assalamualaikum

Hidup di Malaysia yang punya berbilang bangsa dan agama.
Rasanya tidaklah sukar untuk menghormati anutan lain.
Perasaan hormat yang sepatutnya lahir bilamana kita juga mengharapkan orang lain menghormati anutan kita.
Bilamana kita tidak ingin anutan kita dipersenda, jangan persenda mana-mana anutan.
Simple kan.

sedikit terkilan dengan mentaliti mereka-mereka-mereka yang dengan sengaja menghina dan jadikan bahan gurauan tentang agama. agama aku, mahupun agama orang lain. 

kadang tertanya dalam hati, "gembiranya mereka dengan menghina agama orang lain kan. tapi macam mana perasaan mereka andai agama mereka dipersenda? marah? sakit hati? atau tidak punya perasaan langsung?"

Ya Allah, pelihara aku dan keluargaku dari segala kejahatan. amin.


-Salam Ramadhan & Salam Jumaat-





Tuesday, July 9, 2013

.Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1434.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. 

Ramadhan terakhir sebelum bergelar puan.
Ramadhan terakhir sebagai sorang cik.

Sebak jugak la rasa. rasa mcm lepas ni akan ada satu tanggungjawab besar yang harus dipikul. kena bersedia dari semua sudut. 

insya Allah.

kepada family, sahabat handai dan kepada semua, semoga diampunkan semua silap. kata yang menyinggung. sikap yang kadang menjengkelkan. maaf. semoga dipermudahkan semuanya. semoga diterima semua ibadah.

-with luv-
atieabid

Saturday, July 6, 2013

.Aku cuma seekor bilis.

Aku cuma ikan bilis.
Yang selalu dibandingkan dengan ikan paus.
Adil???
Tak!!
Sangat tidak adil.

1 find day insya Allah.

Mungkin tiada niat terselindung di balik kata.
Mungkin juga bukan niat untuk memperlekehkan.
Tapi aku.
Ya aku! kecik hati.

Siapapun aku.
Siapapun dia.
Siapapun kami.
Berikan restu.
Berikan doa.
Itu sudah lebih dari cukup.

Notakukukakiku: sebulan lebih saja lagi.

Apa ada hal?

Kepala sedikit mereng hari ini. dari awal pagi, sampai sekarang mood sudah ke laut.

dengan wedding preparation yang macam baru 30%. 

dengan almari pasang siap yang tak pandai nak siap-siap. habis dah kena bebel dengan orang rumah. kalaula aku ada magic power macam miss comet kan bagus. sekali pusing ja tongkat keramat, kompom tu almari terus siap tepasang. sekali barang-barang yang belonggok tu suma tersusun rapi dalam almari. tadi bila sampai opis, mak call kata pakcik datang nak pasang. tapi banyak masalah pulak. haish. tambah aku pening.

dengan budak-budak dalam ni yang tak pandai nak diam. badan saja besar, kepala hotak letak lutut. tak pasal-pasal jadi singa betina lagi harini. 

dengan................. ahh! macam-macam dengan la!!

stressedd!!

Friday, July 5, 2013

.Pilihan itu.

Kita sering dihadapkan dua pilihan;
Pilihan kerana Allah, atau pilihan kerana diri sendiri.

Dan, dalam memilih yang aku patut cari bukan kesenangan, kemewahan, atau kerehatan.
Dan bukan juga kesempitan, kemiskinan, atau kelelahan.

Yang aku patut cari, cuma keberkatan.
Keberkatan Tuhan, di mana-mana pun.

Sebab bila berkat, apapun hakikatnya;
-lapang.

## UmairahShafie via LittleNaruto
------------------------------------------
Hakikat.
Ada je orang kaya yang tak pernah jumpa tenang dalam hidup dia.
Ada je orang hidup serba susah serba payah, tapi hidup dia macam orang tak de masalah.

Kalau ada benda yang namanya "berkat" tu, susah macam mana pun, kita akan tenang dan nampak jalan.
Semua rasa dicukupkan.

Self reflection. Reminder.
-dari fb sal-

semoga apa jua pilihan yang aku buat mendapat berkat. dari Allah. dari mak. dari bapak.
amin.

Monday, July 1, 2013

.Stressed.please.go.

Dalam diam² urus itu ini, sangat stress. 
muka dah naik jerawat.
takut nak try produk produk di luar sana.
suma kata ini bagus. itu bagus. suma pun bagus.
oh my.




ada masa sebulan lebih saja lagi.
ntah sempat ntah tidak mau kasi cantik ni muka.
haish.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)